sambal belacan sedap

“Macam mana cara buat sambal belacan sedap, tak pahit dan tahan lama? Ini tidak, 2 minggu sambal dah berkulat..!”

Sambal belacan merupakan pelengkap kepada lauk-pauk utama, tak kira makan tengah hari atau makan malam. Ia boleh menaikkan selera walaupun dimakan bersama lauk yang kurang digemari.

Selain itu, ia juga sedap dimakan bersama nasi putih yang panas dan ikan goreng rangup. Confirm makan betambah-tambah dibuatnya, satu pinggan nasi memang tak cukup.

Terdapat banyak resepi yang boleh anda cuba, namun resipi perkongsian oleh M Hairul Hafiz ini merupakan salah satu cara yang mudah, ringkas dan sedap untuk diikuti. Selain itu, dia turut kongsikan petua elak sambal jadi pahit.

Baca juga: Resipi Sambal Tumis Ikan Masin, Punyalah Sedap Boleh Lajak 2 Pinggan!

RESEPI SAMBAL BELACAN SEDAP & TAK PAHIT

Bahan-bahan yang diperlukan:

– Bawang merah (potong dan bakar)
– Bawang putih (bakar bersama bawang merah)
– 1 inci belacan
– cili padi hijau, merah
– 2,3 cili besar merah, hijau
– 3 sudu gula putih
– 2 sudu gula perang (nak bagi cantik sambal)
– 2 sudu kecil garam
– 4 sudu cuka makan
– 1 sudu serbuk perasa
– 10,12 biji limau kasturi

Cara penyediaan:

1. Mula-mula bakar bawang merah, bawang putih dan belacan. Jangan sampai hangus pula, sekadar nampak sedikit hitam.

sambal belacan sedap

2. Perahkan limau kasturi untuk ambik jusnya. Pastikan buang biji agar sambal tidak pahit. Tapi jangan buang kulitnya, ketepikan dahulu. 

3. Kisar bahan yang dibakar tadi bersama air perahan limau kasturi beserta cuka, gula putih, guka perang, garam dan serbuk perasa. Waktu ini jangan masukkan cili dan kulit limau lagi.

4. Apabila dah kisar sebati, baru masukkan cili dan kulit limau. Ambil sedikit sahaja kulit untuk ambil baunya.

5. Bila dah siap kisar, tuangkan dalam bekas betutup dan simpan dalam peti sejuk. Jangan tambahkan setitik air supaya sambal tahan lama dan tak cepat rosak.

sambal belacan sedap

Kredit resipi dan gambar: M Hairul Hafiz

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Sambal Gesek, Confirm Tak Cukup Sepinggan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN