resepi ayam goreng kunyit

Mak-mak yang menyukai resepi Ayam Goreng Kunyit, anda boleh cuba membuatnya dalam versi berkuah pula.

Ayam Goreng Kunyit adalah antara menu yang sering dipesan di restoran makanan Thai. Ramai yang suka memakannya bersama nasi.

Selain itu, Ayam Goreng Kunyit merupakan hidangan paling mudah dan ringkas untuk dijadikan sebagai lauk makanan tengah hari dan malam.

Jika anda nak cuba buat Ayam Goreng Kunyit yang berkuah, anda boleh mengikuti resepi yang dikongsikan oleh syeddmunawwar melalui video di TikTok ini.

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Sedap, Sama Macam Dekat Kedai Thai

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT BASAH

resepi ayam goreng kunyit

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • minyak masak
  • 1 batang serai
  • 2 hingga 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 5 hingga 6 tangkai cili api
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan air
  • Bawang besar
  • Daun ketumbar

Cara-cara:

1. Gaul ayam yang telah dipotong bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Kemudian goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan.

2. Masukkan sedikit potongan batang serai, hirisan bawang putih, halia, cili api. Kacau selama beberapa minit.

3. Masukkan satu sudu besar sos tiram dan secawan air. Kacau sehingga sebati selama beberapa minit.

4. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat bersama daun ketumbar. Kacau sebati sehingga bawang layu. Siap!

resepi ayam goreng kunyit

Sekali-sekala mak-mak kenalah masak hidangan ringkas seperti ini di rumah. Resepi Ayam Goreng Kunyit Basah ini merupakan satu cadangan menarik untuk dicuba.

Ia sangat sedap dimakan dengan nasi panas dan telur dadar. Gandingkan pula dengan sambal belacan dan kicap, hirup kuahnya memang bertambah selera.

Sekarang terdapat pelbagai resepi hidangan cepat dan mudah dibuat, tanpa perlu membeli keperluan bahan masakan yang banyak.

Jika nakkan hidangan yang tak perlu jalan kerja yang banyak, bolehlah anda gunakan resepi ini. Selamat mencuba!

Sumber: syeddmunawwar

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Kunyit Tanpa Serbuk Kunyit. Hanya Tumbuk 2 Bahan Ini, Rasa Lagi Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN