ayam goreng kunyit sedap

Mudah saja nak buat ayam goreng kunyit sedap macam dekat kedai masakan Thailand. Satu hidangan ini pun sudah cukup sebab lengkap dengan sayur sekali.

Anak-anak pun dijamin akan suka lauk begini. Nak lagi sedap, hidangkan bersama kicap, sambal belacan dan telur dadar. Jom lihat resipinya di bawah.

Baca juga: Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu, Sebijik Sama Macam Di Kedai!

RESIPI AYAM GORENG KUNYIT SEDAP

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Tepung jagung
  • Cili giling
  • Minyak masak secukupnya
  • Kacang panjang – dipotong
  • Bawang holland – dihiris
  • Cili merah – dihiris
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Potong kecil isi ayam mengikut saiz yang dikehendaki.
  2. Gaul isi ayam bersama garam, serbuk kunyit, tepung jagung dan cili giling. Jumlahnya bergantung pada kuantiti isi ayam yang digunakan. Perap sekurang-kurangnya selama 1/2 jam.

    ayam goreng kunyit sedap

  3. Panakan minyak masak dalam kuali dengan secukupnya. Lebih elok jika guna kuali yang besar dan minyak yang banyak.

  4. Masukkan hirisan ayam yang telah diperap tadi. Goreng sehingga garing dan berwarna keemasan.

  5. Kemudian masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan juga bawang holland. Goreng selama 2-3 minit.

  6. Siap! Ayam goreng kunyit ala kedai Tomyam sedia untuk dinikmati.

    ayam goreng kunyit sedap

Kredit: Wan Iskandar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN