cara simpan daun ketumbar

Rupanya ada cara simpan daun ketumbar supaya tahan lama dan tidak cepat layu. Maklumlah, bila masak kita akan guna sedikit saja. Lebihannya akan disimpan di dalam peti sejuk dan lama-kelamaan, ia akan layu dan akhirnya dibuang begitu sahaja. Membazir bukan?

Oleh sebab itu, mari kita praktikkan cara yang dikongsikan oleh Puan Noorfa Eyza di bawah untuk memastikan daun ketumbar kekal segar dalam tempoh yang lama. Menurutnya, daun tersebut boleh bertahan selama 2 minggu dan tidak bertukar layu!

Baca juga: Tips Simpan Daun Bawang Frozen Supaya Berderai & Tak Berketul Macam Ais

CARA SIMPAN DAUN KETUMBAR SUPAYA TAHAN LAMA

Mari ikuti perkongsian oleh beliau di bawah:

“Cara saya simpan daun ketumbar, boleh tahan seminggu atau 2 minggu. Potong akar ketumbar letak dalam bekas asing, pastikan bahagian akar sahaja kena air. Kalau bahagian batang terkena air, akar ketumbar akan rosak. Tukar air bila warna dah berubah.

cara simpan daun ketumbar

Daun ketumbar yang dipotong tadi masuk dalam bekas apa-apa pun boleh. Air letak bahagian batang sahaja jangan terkena air pada daun, nanti rosak.

Pastikan masukkan air dahulu sebelum masukkan daun ketumbar tadi. Untuk elakkan daun ketumbar terkena air, pastikan daun ketumbar kering. Balut dengan plastik dan letak dalam peti ais. Tukar air 2 hari sekali atau bila air dah berubah warna, lagi kerap tukar lagi bagus.”

cara simpan daun ketumbar

Kredit: Noorfa Eyza

Baca juga: Petua Simpan Daun Pisang Supaya Tahan Lama, 2 Bulan Pun Tetap Hijau & Segar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN