cara buat donut gebu

Jom belajar cara buat donut gebu dan lembut ini. Teksturnya yang lembut menjadikan ia snek kegemaran ramai tidak kira usia.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu membuat donut yang mempunyai ‘white ring’. Jika donut ada tanda tersebut, ia bermakna donut tersebut kekal gebu sehingga malam.

Bukan itu sahaja, resipi perkongsian oleh Puan Afiafifah Afwan ini juga tidak perlu menggunakan breadmaker, menguli guna tangan sahaja. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Lempeng Kampung, Ikut Cara Ini Dijamin Gebu & Lembut Elok

CARA BUAT DONUT GEBU LEMBUT SAMPAI MALAM

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250gm tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp yis
  • 1/4 tsp baking powder
  • 1 biji telur
  • 100ml air
  • 1 sudu butter/majerin

Cara-cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan kering di dalam mangkuk. Masukkan telur, gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian baru masukkan air, uli selama 5 minit. Waktu ni jangan masukkan majerin/butter lagi.

2. Selepas uli 5 minit, baru masukkan 1 sudu butter/majerin. Kemudian sambung uli lagi selama 5 minit. Jumlah masa menguli adalah selama 10 minit.

3. Semasa uli dengan butter, doh akan lembut. Jangan tambah tepung lagi. Uli sahaja sehinga butter sebati dengan doh. Selepas menguli lama sikit akan nampak doh mula sebati dengan butter/majerin.

4. Biarkan doh kembang selama 40-45minit. Selepas dah kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin.

5. Kemudian, bentukkan donut. Boleh guna penutup botol saja untuk membuat lubang di tengah.

6. Bila dah siap bentukkan, rehatkan lagi untuk kembangkan doh dalam 20-25 minit.

7. Goreng donut menggunakan api yang perlahan. Jangan kerap terbalikkan donut, cukup sekali sahaja untuk elakkan donut berminyak.

cara buat donut gebu

8. Salut donut dengan gula aising. Selamat mencuba!

cara buat donut gebu

Kredit resipi dan gambar: Afiafifah Afwan

Baca juga: Resipi Kek Chiffon Pandan Yang Gebu Gebas, Lembut Macam Kapas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN