kerang berempah

Peminat kerang dah pernah cuba belum kerang berempah. Resipi kalini merupakan hidangan lauk yang sesuai untuk makan tengah hari anda.

Bagi anda 1 kilo cukup tak? Untuk menu ni kita akan gunakan 1 kilo kerang, jadi kalau tak ramai dekat rumah anda mungkin lauk ni boleh diratah begitu sahaja.

Resipi Kerang Pedas Sos Tiram Berempah Yang Sedap

Bahan-bahan:

  • Kerang 1 kilo fresh (direbus dulu)
  • Tumis bawang putih 3 ulas
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • 2@3 biji cili padi (katok)
  • 2 batang daun kari
  • 1@2 sudu serbuk kari ikan
  • 5@6 sudu besar cili kisar
  • 3-4 sudu besar sos tiram
  • Air masak (agak2 kuah dah pekat)
  • Serbuk belacan sedikit (jika suka)
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Minyak masak

Cara merebus kerang:

  1. Didihkan air dahulu.
  2. Masukkan kerang.
  3. Masak kerang dalam 5-10 minit.
  4. Angkat kerang dan rendam kerang bersama air sejuk atau air yang ada ais.
  5. Baru dikopek kulit. Nanti cantik hasilnya.

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan daun kari sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak @ sehingga cilinya masak.
  3. Apabila cili sudah masak, masukkan serbuk kari dan biarkan rempahnya masak.
  4. Masukkan sos tiram, serbuk belacan, serbuk perasa, cili padi, cili merah, cili hijau. Gaul sebati dan masukkan kerang yang telah direbus tadi dan gaul sebati. Jika terlalu kering letakkan sedikit air.
  5. Tutup api, siap dihidang.

kerang berempah

Kalau rasa 1 kilo tu banyak, anda boleh kurangkan bahan-bahan ikut kuantiti kerang anda.

Kredit: Nurul Ateekah

Baca juga:

Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN