Puding Pisang Sos Kastard adalah hidangan manisan yang lazat dan popular yang terbuat dari campuran puding, pisang, dan kastard.
Baca juga: Blueberry Cream Cheese Danish Cara Mr. Ali, Hanya Guna 6 Bahan Je
Cara menghidangkan pencuci mulut ini adalah berbeza-beza, tetapi secara amnya, puding pisang diletakkan di dalam gelas atau mangkuk, diikuti dengan sos kastard di atas. Ia selalunya dihidangkan dalam keadaan sejuk selepas disimpan di dalam peti ais bagi memberikan rasa segar yang lazat.
Antara jenis pisang yang sedap digunakan untuk membuat dessert ini ialah Pisang Berangan. Ini kerana pisang berangan memiliki rasa yang lebih manis berbanding jenis-jenis pisang yang lain.
Berikut adalah resipi ringkas menerusi perkongsian Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah.
RESIPI PUDING PISANG SOS KASTARD
Bahan-bahan utama:
- 1 sisir pisang berangan – di belah dua
- 2 sudu besar marjerin atau mentega
Bahan-bahan sos:
- 1 tin susu cair
- 1 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 4 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 sudu teh garam
Bahan sampingan:
- Kismis
- Ceri merah dan hijau
- Biji gajus – di sangai
Cara-cara penyediaan:
1. Sos Kastad
Satukan semua bahan iaitu susu cair, air, gula, garam, tepung kastad dan esen vanila. Kacau sentiasa di atas api hingga pekat. Sejukkan di dalam peti ais.
2. Potong pisang. Kemudian, cairkan marjerin. Masukkan pisang dan balik-balikkan dengan marjerin hingga sedikit keperangan.
3. Letak pisang di atas pinggan. Tabur kismis, ceri dan gajus. Akhir sekali, siram dengan sos kastad. Sedap di makan sejuk-sejuk.
Selamat mencuba resipi pencuci mulut yang mudah dan ringkas ini.
Baca juga: Kek Fruit Pastry Cara SIMPLE, Kek Viral Tahun 2010 Dah Trending Balik!