aiskrim magnum

Sedapnya kalau dapat makan aiskrim Magnum hari-hari. Tapi, berangan je lah kan. Harga aiskrim Magnum tu bukannya murah, boleh kopak kalau hari-hari nak beli. Baik buat sendiri kat rumah.

Sebenarnya aiskrim ni mudah sangat nak buat. Cuma perlu masukkan adunan aiskrim ke dalam plastik aiskrim 1 Malaysia je.

Kalau nak tahu macam mana cara nak buat coklat kat bahagian luarnya tu, korang kena follow resepi ni sampai habis.

Baca juga: Resepi Mudah Aiskrim Mochi, Memang Nikmat Cair Di Dalam Mulut!

Kalau tak reti nak ikat aiskrim 1 Malaysia tu, korang boleh guna bekas plastik yang jenis zipper tu. Banyak jual kat shopee.

Harganya pun murah. Mudah korang nak tutup aiskrim yang dah masukkan dalam plastik. Guna zip je, tak perlu nak ikat-ikat bagai.

Jom ikuti resipi perkongsian dari Raja Amanina ini yang mendapat lebih 8.8k share tau di Facebook.

Resipi Aiskrim Ala Magnum


Bahan adunan aiskrim:

  • 2 cawan whipping krim (dairy)
  • 1/2cawan susu pekat
  • 1sudu kecil ovellate
  • Sedikit esen vanila

Bahan coklat:

  • 350gm coklat masakanatau dark chocolate

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan adunan aiskrim dan mix atau blender hingga adunan kembang gebu 2 kali ganda.

2. Double boilkan pula coklat masakan atau dark coklat hingga cair.

3. Bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan.


4. Agak-agak je tak nipis sangat dan tak tebal sangat.

5. Tuang adunan aiskrim dan bekukan 5-6 jam atau semalaman.

6. Siap untuk dimakan!

Salutan coklat tu tak perlu mengeras kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim. Nak lagi senang buat pendek-pendek je.

Boleh potong sikit plastik ais tu kalau nak lebih mudah korang buat aiskrim ni. Adunan aiskrim dan coklat tu tak bercampur eh jangan risau.

Kalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je.

Coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik, coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah-tengah tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah.

Selamat mencuba.


Sumber: Raja Amanina

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN