jenis butter

Masih keliru dengan jenis butter? Susah nak kenal mana satu salted & mana satu unsalted? Jom kita mempelajari tentang beza butter tersebut.


Apa beza salted dan unsalted?

  • Salted butter adalah mentega yang mengandungi garam. Ia juga tahan lama dari unsalted butter.
  • Unsalted butter pulak adalah mentega fresh tanpa garam. Rasa butter tu lebih kuat dan jangka hayat lebih cepat luput.

Apa beza untuk setiap resipi?

Sesiapa yang nak buat biskut anda disyorkan untuk menggunakan salted butter. Tapi kalau nak buat kek pun tiada masalah.

Yang paling berkesan untuk buat kek adalah unsalted butter. Contoh macam cheese cake atau kek yang bertekstur ala puding korang kena guna butter ni sebab kita nak rasa mentega yang kuat segar dan wangi.

Perbandingan harga bagaimana pula?

Harga untuk salted butter lebih murah berbanding unsalted butter.

Selalunya berat salted butter lebih berat iaitu sebanyak 250gm manakala unsalted butter selalunya sekitar 225@227 gram.

Ini disebabkan salted butter mengandungi garam manakala unsalted pula adalah pure butter sebab itu salted lebih berat.


Macam mana pulak dengan jenama buttercup?

Buttercup tu bukan mentega (butter) tetapi merupakan gabungan butter dan marjerin. Kira tu bukan mentega tulen la. Tapi tiada masalah pon kalau nak guna. Jika nak ganti sesuatu resipi yang guna butter dengan marjerin pon tiada masalah.

Cuma jika guna marjerin tekstur akan jadi lembap dan berminyak. Masak jangan takut untuk mencuba dan jangan malu untuk bertanya.

Semoga perkongsian ini dapat memberi anda manfaat pada masa hadapan.

jenis butter

Sumber: Hadid Al Has

Baca juga:

Tips Pilih Butter Yang Sesuai Untuk ‘Membaking’, Bukan Tengok Harga Mahal Atau Murah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN