resepi kek tanpa telur

Resepi kek tanpa telur ini sesuai untuk mereka yang alergik dengan telur. Ada 3 resipi yang boleh dicuba iaitu resipi kek coklat, kek pisang dan brownies.

Selain itu, resipi ini juga sesuai untuk anda yang kehabisan telur di dapur tapi malas untuk keluar membelinya. Ikut saja resipi mudah ini!

Baca juga: Cara Buat Kek Marble Gebu Guna Sukatan Cawan, 1 Resipi Boleh Buat Pelbagai Perisa!

3 RESEPI KEK TANPA TELUR

1) Kek Cawan Coklat

resepi kek tanpa telur

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu kecil nescafe (jika suka)

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan kering. Kemudian campurkan dengan bahan basah. Boleh gaul guna sudu atau sudip jika tiada mixer.
  2. Bakar selama 30 minit pada suhu 180°C.

Sumber: Zain Nun Dasuki

2. Brownies Kek Tanpa Telur

resepi kek tanpa telur

Bahan A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan gula kastor
  • Secubit garam

Bahan B:

  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 penutup esen vanilla

Bahan C:

  • Kekacang (walnut dan lain-lain untuk hiasan)

Cara-cara:

  1. Ayak semua bahan A. Ketepikan.
  2. Kacau semua bahan B sehingga sebati.
  3. Kemudian, tuang bahan B ke dalam bahan A. Putar sehingga sebati.
  4. Sapukan butter pada loyang bersaiz 8×8.
  5. Tuang adunan dan tabur semua jenis kekacang yang disukai.
  6. Bakar selama 45 minit pada suhu 160°C.

Sumber: Rashida CikDa

3) Resipi Kek Pisang

Bahan basah:

  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 cawan pisang dilenyek
  • Secubit garam

Bahan kering (diayak):

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Satukan bahan basah. Pukul dengan whisk. 
  2. Kemudian, masukkan bahan kering dan sebatikan.
  3. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan dengan suhu 170°C.
  4. Bakar kek selama 40 minit atau bergantung pada oven-masing-masing.

Sumber: Zarina Ibrahim

Baca juga: 7 Resipi Kuih Tradisional Berbalut Daun Pisang, Wangi Aromanya & Sedap-Sedap Belaka

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN