harga siling

Selasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan bahawa harga siling bagi ayam, telur dan minyak masak dalam botol akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Menurut Dato Sri Alexander Nanta Linggi, keputusan ini dibuat bagi memastikan bekalan makanan di pasaran mencukupi serta dapat menstabilkan harga untuk jangka masa panjang.

Baca juga: Kos Pengangkutan Naik, Harga Ayam Segar Di Johor Melonjak Kepada RM12 Sekilogram

Pun begitu, subsidi minyak masak di dalam paket tidak akan terkesan dengan perlaksanaan ini dan akan kekal dijual pada harga RM2.50 sepeket.

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Penggunna (KPDNHEP), Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Jelasnya, sebelum ini kerajaan telah menetapkan harga siling untuk ayam dan telur sebelum ini bagi mengawal kenaikan harga namun ia telah menyebabkan harga tidak seimbang dalam pasaran.

“Kerajaan sangat bimbang dengan situasi semasa dan akan sentiasa komited untuk menangani isu harga dan bekalan.

Kementerian juga akan terus meningkatkan usaha bagi mengurangkan beban rakyat dan tak akan teragak-agak untuk melaksanakan undang-undang sedia ada di bawah bidang kuasa kementerian seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutuan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961, bagi memastikan isu harga dan bekalan terkawal.”

Untuk pengetahuan korang, sekarang harga ayam telah ditetapkan pada RM8.90 per kg di Semenanjung Malaysia dan dijangka akan meningkat ke RM10 dan RM12 per kg apabila harga siling dihapuskan nanti.

“Perternak memberitahu saya yang harga ayam memang akan naik sedikit selepas subsidi dimansuhkan. Ia akan menjadi RM10 per kg tapi tak akan jadi setinggi RM12.50 per kg.”

Ekoran pengumuman ini, di media sosial ramai netizen yang kecewa dan mengeluh dengan peningkatan harga ini. Lebih-lebih lagi sekarang banyak benda yang dah naik harga

Min harapkan peniaga tak adalah letak harga yang terlampau mahal, kalau tak hari-hari makan maggi kerat 4 je lah…


Sumber: The Malaysian Reserve

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN