nasi butter ala kfc

Apa kata ibu-ibu cuba buat nasi butter ala KFC sebagai pengganti nasi putih? Di jamin menu ini dapat pikat selera anak-anak anda! Mereka pun mesti bosan makan nasi putih juga. 

Baca juga: Cara Buat Cheesy Wedges Ala KFC, Guna 5 Bahan Ini Je

Nasi butter, sup dan ayam goreng yang dijual di KFC memang nampak simple tetapi serba serbi cukup rasanya. Satu hidangan lengkap yang disukai oleh semua golongan.

Jika anda teringin untuk menikmatinya, jom kita cuba buat sendiri di rumah mengikut resipi yang dikongsi oleh Cik Puan Syue Haida. Jom kita buat.


RESIPI NASI BUTTER ALA KFC

nasi butter ala kfc

Saiz hidangan: 5 orang makan

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras
  • 4 biji bawang putih – ketuk dan potong halus
  • 1 biji bawang merah – hiris nipis
  • 125g butter
  • Halia – ketuk 
  • 1 cawan susu full cream
  • 1 kiub pati ayam 
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan kuali, masukkan butter, tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Kemudian masukkan halia.

2. Masukkan susu full cream dan kacaukan sekejap dalam 2 minit.

3. Masukkan beras yang dah dibasuh, lepas itu masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3 minit.

4. Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air, sukatan air di tambahkan dengan secawan susu tadi.

5. Macam saya, beras 4 cawan air 4 cawan+1 cawan susu dan masukkan sedikit garam dan masak spt biasa (sukatan air bergantung pada jenis beras + dgn susu skali) sebab dah ada penggunaan susu, jadi kurangkan air.

6. Siap.

CARA BUAT AYAM GORENG ALA KFC

Bahan-bahan:

  • 10 ketul ayam
  • 1 cawan tepung bestari original
  • 1 cawan tepung bestari spicy

Cara penyediaan: 

1. Ambik 5-6 sudu besar campuran tepung tadi dan gaul sekali bersama ayam. Biarkan sebati perap ayam dengan tepung kira-kira 2 jam.

2. Dah siap perap panaskan kuali letak minyak dan ambil ayam perap tadi.

3. Gaulkan dengan tepung campuran tadi dan salutkan tepung tebal-tebal dan masukkan dalam kuali. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Siap!

CARA BUAT SUP CHICKEN MEATBALL

Bahan-bahan: 

  • Leher / kaki ayam potong kecil-kecil
  • 10 biji chicken meatball
  • Daun sup
  • 1 kiub pati ayam
  • Halia – ketuk
  • Bawang putih
  • 3 cawan air
  • Garam secukupnya

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia dan leher/kaki ayam dan biarkan sekejap.

2. Masukkan chicken meatball, kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak.

3. Masukkan garam dan daun sup.

4. Siap.


Selamat mencuba set resipi ini.

Baca juga: Ayam Goreng Rangup, Hanya Guna 2 Bahan Ini Untuk ‘Crispy’ Ala KFC

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN