popia basah

Siapa penggemar Popia Basah dekat sini? Yang memang ‘feveret’ tu boleh ikut resipinya dekat sini. Ada step by step untuk korang nak ikut.

Kalau sebelum ini asyik beli dekat pasar je, apa kata buat sendiri di rumah. Lagi puas nak makan. Nak menjual pun tak ada hal!

Tak susah pun resipi ini sebenarnya. Hanya sediakan 3 lagi hidangan selain dari kulit popia. 3 hidangan itu adalah sos popia basah, inti dan telur hancur. Sos dan inti akan dimasukkan ke dalam kulit popia dan digulung kemas sebelum dihias.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Tauhu Berlauk, ‘Confirm’ Ramai Suka Sebab Mudah & Sedap!

Kepada korang yang nak cuba di rumah, apa kata follow resipi dari perkongsian Intanniah Ismail ini. Lagi-lagi dah nak dekat Ramadan, mesti laku keras kalau buat di rumah nanti.


RESIPI POPIA BASAH 

Kuih ini memang sesuai dijadikan sarapan atau minum petang untuk sekeluarga.


Bahan-bahan sos popia:

  • 1o tangkai cili kering – kisar
  • 4-5 biji bawang putih – kisar
  • 3 sdb sos cili
  • 2 sdb cuka makan
  • 2 sdb kismis/kurma – kisar
  • 1 sdb gula merah/gula putih

Cara membuat sos popia:

Tumis ke semua bahan di atas dan sehingga kering.

Bahan-bahan kulit popia:


  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sdb cuka makan
  • 1 sdb minyak masak
  • Air secukupnya

Cara membuat kulit popia:

1. Campur dan bancuh kesemua bahan di atas supaya menjadi adunan yang agak-agak lembik.

2. Perapkan adunan tadi selama 1 jam kemudian barulah disapu di atas kuali non-stick.

3. Nak lagi mudah, boleh sapu guna kain. Buat kain itu seperti bunjut besar penumbuk dan sapu adunan tepung di atas kuali. Jadi akan dapat saiz yang sama. Sapu nipis-nipis dan kuali tak perlu disapu minyak.

Bahan-bahan inti popia:

  • Sengkuang – dihirs panjang
  • Lobak merah – dihiris panjang
  • Taugeh
  • Udang kering

Cara penyediaan popia basah:

1. Tumis bawang bersama udang kering tadi dan masukkan semua bahan di atas. Perasakan dengan garam dan gula dengan sekata.

2. Kemudian, apabila ke semua perkara diatas sudah siap, dah boleh mulakan sesi menggulung popia basah.

3. Caranya, sapu dahulu sos di atas kulit popia. 

4. Kemudian letakkan intinya. Jangan terlalu banyak nanti kulitnya akan pecah semasa menggulung. Isi inti agak-gak dan boleh taburkan kacang tanah goreng untuk lagi ‘kick’.

5. Dah habis semua digulung, sudah boleh siap dihidang!



Walaupun nampak banyak hidangan yang perlu dibuat, tapi bila sekali anda mencubanya, pasti anda puas hati dengan hasil air tangan sendiri. Tak perlu beli kat pasar malam lagi lepas ni. Seronok bila masak sekali dan terus menjadi.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN