resepi sup spaghetti

Tiada idea untuk makan malam? Apa kata jom cuba resepi sup spaghetti yang jarang dibuat orang ini.

Biasanya kita hanya menggunakan bihun, mi kuning dan makaroni saja kan? Kali ini ganti dengan guna spageti pula.

Sekala sekala tukar selera tidak ada salahnya. Ikut saja resipi perkongsian oleh Ciksu Kitchen di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Sup Cendawan Sihat Tanpa Gula & MSG, Kenyang Pulak Tu!

RESEPI SPAGHETTI SUP MUDAH & SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 peket spageti
  • 1 peket bebola ayam (yang ada sayur)
  • 1 sup bunjut
  • 1 batang carrot
  • Sawi
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Cara-cara:

1. Didihkan air. Kemudian letak sedikit minyak dan masukkan spageti. Rebus sehingga lembut.

2. Bila spageti dah lembut, toskan. Ambil sedikit air rebusan spageti tadi.

3. Tumis bawang putih dan bawang besar yang sudah dihiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan tadi.

4. Masukkan juga sup bunjut dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan sayur dan bebola ayam.

5. Akhir sekali, letakkan garam dan perasa secukupnya.

Bahan-bahan sos kicap:

  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sos cili
  • Cili padi cincang
  • Kicap sotong
  • Serbuk asam limau
  • Gula
  • Garam 

Cara-cara buat sos kicap:

1. Satukan semua bahan dan kacau sebati. 

Bahan-bahan sampingan lain:

  • Sambal cili
  • Daun sup

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Ciksu Kitchen

Baca juga: Cara Buat Pasta Carbonara ‘Super Creamy’, Sama Macam Dekat Pizza Hut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN