ayam goreng

Ayam goreng rangup, memang anak-anak suka makan. Tka perlu lauk lain, ini pun dah cukup.

Tapi, selalunya kalau buat mesti tak sama dengan yang kita selalu beli.

Fikir juga, apa petua yang selalu orang gunakan untuk dapatkan ayam goreng crispy.

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Ala ‘Mekdi’, Guna 3 Tepung Ini Sebagai Bancuhan

Sebab buat mesti selalu tak jadi. Bukan setakat tak ranggup tapi kalau tak kena cara, mahunya tak masak ayam bahagian dalamnya.

Kali ini kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Nasi Lemak Bunian HQ dalam video TikToknya.

Cara buat ayam goreng crispy ala KFC. Menariknya, mak-mak boleh buat niaga lagi untuk ayam goreng ini.

Resipi Ayam Goreng Crispy Guna 2 Bahan Ini

Bahan-bahan:

Ais batu

Telur
Tepung Bestari
Ayam yang sudah potong dan dibersihkan

Cara-caranya:

1. Masukkan ais ketul dalam bekas.

2. Campurkan bersama dua biji telur.

3. Selepas itu. celup ayam dalam ais dan tepung.

4. Buat dua kali untuk celup dan salutkan dalam tepung.

5. Kemuidan, goreng dengan suhu minyak yang panas. Api janganlah terlalu besar.

6. Bila dah kekuningan dan mask, angkat dan sedia dihidangkan.

Siap untuk dihidang dan selamat mencuba!


Video TikTok:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN