cara masak bihun goreng

Rupanya ini cara masak bihun goreng dalam kuantiti yang banyak. Kalau masak untuk jumlah yang sedikit mungkin tiada masalah, tapi untuk makan ramai kena ada skill tertentu.

Bagi yang nak mencuba memasak untuk jumlah ramai boleh menggunakan panduan serta tip yang dikongsikan oleh Puan Nurjuwaini Aziz di bawah.

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Pink Legend, Sedap Macam Orang Dulu-Dulu Buat

CARA MASAK BIHUN GORENG UNTUK MAKAN RAMAI

Bila nak goreng bihun untuk 200 pax, masa ini memang masak sekawah terus. Boleh guna bihun beg besar, dalam 4kg per bag. Satu beg boleh cater untuk 60-70pax.

Yang paling mencabar, waktu nak mengacau bihun. Kena guna kudrat tulang empat kerat. Dah macam kacau dodol. Sikit lagi macam kacau bubur asyura. Kena guna sudip besi yang panjang. Tujuannya supaya dasar kawah tak berkerak nanti.

1) Rendam bihun dalam air biasa. Tak perlu air panas. Dalam sejam pun boleh. Asalkan bihun jadi lembut.

2) Siapkan pes rencah dulu, kemudian masukkan bihun. Sewaktu nak menggoreng, selepas dimasukkan bihun, elakkan dari menambah air ke dalam kuali. Tambah air bukan membantu bihun lembut, tapi membuatkan bihun kembang, putus dan hancur. Teksturnya boleh jadi kurang cantik.

3) Untuk jadikan jadikan bihun lembut sewaktu menggoreng, mula-mula gaul sebati bihun dengan rencah dulu, kemudian buatkan lubang di tengah-tengah. Pastikan boleh nampak dasar kuali di bawah tu. Guna api perlahan.

cara masak bihun goreng

4) Selepas beberapa ketika, dasar kuali itu akan berasap, kacau bihun perlahan-lahan dengan penuh kesabaran. Jangan sesekali putuskan bihun. Masak dengan sopan. Lebih elok sambil kacau sambil selawat ke atas Nabi Muhammad. Pahala pun dapat.

5) Ulang langkah buat lubang di tengah dan kacau dengan sopan sehingga bihun betul-betul lembut. Bila dah lembut, boleh masukkan sayur-mayur. Gaul sebati. Bila siap boleh angkat bihun dan hidang ke dalam bekas.

6) Teknik ini boleh digunakan untuk goreng bihun skala kecil mahupun besar. Dan yang pasti, tiada cara betul atau salah dalam memasak ni. Masing-masing ada cara dan teknik sendiri. Mari raikan perbezaan kita. Hidup aman harmoni.

cara masak bihun goreng

Sumber: Nurjuwaini Aziz

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Siam, Nak Sedap Wajib Letak 2 Bahan Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN