cara buat kuih ketayap

Kuih ketayap merupakan salah satu kuih yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ia juga merupakan kuih tradisional yang sering menjadi pilihan sebagai pembuka selera setiap kali bulan Ramadan. Cara membuatnya juga sangat mudah dan ringkas. Jom ikuti cara buat kuih ketayap yang dikongsikan oleh Nor Sahida Abdul Kadzir di bawah ini. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Kuih Onde-Onde Sedap & Lembut, Ada Tips Supaya Kuih Tahan Lama & Tak Cepat Basi

CARA BUAT KUIH KETAYAP GUNA SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan inti kuih ketayap:

  • 2 1⁄2 cawan kelapa mesin
  • 1 1⁄2  cawan gula melaka/merah
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Sedikit garam
  • 1 cawan air

Cara-cara buat inti:

  1. Masak air sampai mendidih. Kemudian masukkan gula melaka dan gula pasir, kacaukan sehingga larut dan gula hancur.
  2. Kemudian baru masukkan kelapa dan masak sampai hampir kering, tapi jangan terlalu kering kena sedikit basah.
  3. Siap, ketepikan.

Bahan-bahan kulit:

  • 2 atau 3 helai daun pandan (kisar dengan 1 cawan air, tapiskan untuk ambil air pandan)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 1 cawan air biasa
  • Sedikit pewarna hijau
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara buat kulit:

  1. Campur semua bahan. Bancuhan jangan terlalu likat dan terlalu cair. Kalau likat, tambah air sedikit demi sedikit. Kalau cair, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.

  2.  Tapiskan bancuhan tepung tadi sebelum dimasak.
  3. Untuk membuat kulit ketayap, oleskan minyak masak pada kuali dan tuangkan adunan tepung tadi dan ratakan pada kuali. Angkat bila sudah masak.
  4. Ulang sehingga bancuhan tepung habis.
  5. Letakkan inti kelapa pada tengah-tengah kulit ketayap. Gulung sehingga kemas. Siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Nor Sahida Abdul Kadzir

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN