kek fruit pastry

Awal tahun 2010, memang popular Kek Fruit Pastry sehingga ramai mak-mak mencubanya di rumah. Kini, pencuci mulut ini kembali trending tau!

Rugi kalau tidak pernah cuba membuat kek ini kerana boleh membuat hiasan buah yang menarik di atas mengikut kreativiti masing-masing. Tidak susah pun hendak membuatnya lagi-lagi untuk ‘beginner’ yang nak mencuba resipi bakeri di rumah.

Baca juga: Kek Marble Cara Klasik, Memang SAMA Resipi Macam Mak Kita Dulu-dulu

Tekstur keknya yang gebu dan moist, serta rasanya yang masam manis dengan campuran buah, memang membuatkan kek ini ada penggemarnya yang tersendiri.

Mari ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Ieda Jahaya ini. Tengok daripada gambar yang dikongsikan nampak sedap dan moist kek ini.


RESIPI KEK FRUIT PASTRY

kek fruit pastry

Bahan-bahan:

Bahan buah-buahan:

  • Strawberry – potong
  • Kiwi – potong
  • Blueberry 
  • 1 tin buah peach – potong

Cara penyediaan:

1. Dalam satu bekas, masukkan gula + butter + yogurt + esen vanilla. Mix dengan kelajuan tinggi hingga putih dan berkrim.

2. Masuk satu persatu telur dan mix perlahan hingga sebati.

3. Masuk tepung sedikit demi sedikit. Kemudian, kacau guna spatula. Nak guna mixer pun boleh.

4. Biar betul-betul sebati, masukkan pula parutan kulit limau sunquick .

5. Kacau lagi hingga sebati. Selepas itu, masuk adunan dalam loyang dan hentak sedikit untuk keluarkan angin. 

6. Boleh letak topping buah yang dipotong tadi mengikut kreativiti masing-masing. 

7. Panaskan oven dahulu dalam 10 minit. Kemudian, baru masukkan kek dan bakar dalam suhu 170C kira-kira dalam 45 minit. 

8. Bila dah siap bakar, boleh sejukkan kek ikut suhu bilik. Hiaskan dengan ayak icing gula di atas. Siap!


Selamat mencuba resipi Kek Fruit Pastry ini.

Baca juga: Kek Durian Crepe, Sedap Lemak Berkrim Guna RESIPI Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN