resepi cucur jagung

Jom cuba resepi cucur jagung yang mudah dan sedap ini. Sesuai dimasak untuk sarapan pagi atau minum petang bersama seisi keluarga.

Kalau nak cucur menjadi lebih sedap, anda boleh lebihkan kuantiti jagung. Dijamin anak-anak dan suami makan berselera, sampai habis licin satu pinggan dibuatnya.

Jika sebelum ini anda selalu buat cekodok pisang saja, jom cuba buat cucur jagung ini pula. Selamat mencuba!

Baca juga: Cucur Kucai Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Sekejap Je Dah Siap!

RESEPI CUCUR JAGUNG

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum dua cawan
  • Jagung yang sudah dipotong
  • Daun kucai/daun bawang
  • Hirisan cili padi
  • Hirisan bawang merah
  • Air

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

2. Panaskan minyak di dalam kuali.

3. Sudukan adunan cucur jagung tadi, goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan tadi. Jika suka cucur yang kecil, sudukan sedikit saja. Jika suka cucur yang besar, sudukan banyak sedikit.

4. Goreng sehingga cucur masak dan bertukar keperangan.

5. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dimakan bersama secawan teh panas, sedapnya!

resepi cucur jagung

Mudah saja cara penyediaannya kan? Jom kita cuba buat nanti ya. Semoga bermanfaat!

Kredit: Mariam Nabila Marzuki

Baca juga: Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN