Musim PKP ini mungkin ada sesetengah di antara kita yang ingin menjaga badan kerana telah duduk di rumah yang terlalu lama risau nanti lepas PKP berat naik mendadak. Memandangkan ramai yang kata makanan diet tidak sedap dan membosankan, jom cuba resepi fruit spring roll ini.

Mungkin korang sudah biasa makan vietnamese spring roll, tetapi di dalamnya isi ayam, ketam atau udang. Tetapi fruity spring roll ini mempunyai buah-buahan di dalamnya. Sesiapa yang suka sangat makan buah, boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan

  • Suhun
  • Bunga telang
  • Jus buah naga
  • Jus lemon
  • Buah-buahan pilihan
  • 2sdb tepung kastard
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sdb gula
  • Secubit garam
  • Rice paper


CARA PENYEDIAAN

  1. Untuk membuat suhun menjadi warna biru, korang perlu merendamkannya di dalam air bunga telang selama beberapa minit sehingga ia bertukar warna.
  2. Rendamkan suhun di dalam air jus buah naga supaya suhun menjadi warna buah jambu, dan rendamkannya di dalam air bunga telang dan juga jus perahan lemon supaya suhun berwarna ungu.
  3. Rendamkan rice paper  ke dalam air suam sehingga ia menjadi lembut sedikit, letak suhun dan buah di atasnya lalu gulungkan ia.
  4. Untuk sos cicahan pula, masukkan susu cair, gula, tepung kastard dan garam. Gaulkannya sehingga ia menjadi sebati dan mendidih. Tutup api dan boleh dinikmati bersama fruity spring roll.

Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Emma Villa

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN