ayam masak kicap rempah

Seorang pengguna Facebook berkongsi satu resipi ayam masak kicap rempah kurma yang merupakan lauk kesukaan arwah ibunya.

Menurut Alin Sulaiman, ibunya akan selalu memuji kesedapan masakan itu setiap kali dia memasaknya.

Masakan ini juga sering mengimbau kepada kenangan manis bersama ibunya. Jadi, jom cuba resipi ini di rumah untuk rasai sendiri kesedapannya.

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Hainan Yang Paling Mudah, Sangat Semerbak Baunya!

RESEPI AYAM MASAK KICAP REMPAH

ayam masak kicap rempah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam
  • Bawang besar (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Bawang merah dan bawang putih (dikisar)
  • Cili kering (dikisar)
  • Rempah 4 sekawan
  • Kicap manis
  • Rempah kurma 3-4 sudu makan
  • Air
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara-cara memasak:

  1. Mula-mula, goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
  2. Seterusnya, panaskan minyak masak.
  3. Masukkan rempah 4 sekawan, bahan yang dihiris dan bahan yang dikisar.
  4. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.
  5. Kemudian, letakkan kicap manis dan rempah kurma. Gaul sampai sebati.
  6. Letakkan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang disukai.
  7. Perasakan dengan garam, perasa dan gula secukupnya. Kacau sebati dan biarkan menggelegak.
  8. Jika sudah menggelegak, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
  9. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Alin Sulaiman

Baca juga: Resipi Ayam Panggang Lazat & Berjus, Cara Mudah Tak Payah Perap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN