ikan air asam

Nampak ada ikan dan asam jawa di dapur, terus terfikir nak masak lauk yang paling mudah iaitu Ikan Air Asam. Setelah buat ikut resipi ini, pasti anda puas hati nanti.

Ikan Air Asam adalah salah satu lauk ringkas yang paling ramai suka buat di rumah kerana cara memasaknya cukup mudah tanpa jalan kerja yang renyah.

Nak buat Ikan Air Asam paling sedap, anda boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Akma Abdullah di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Buang Lendir Ikan Keli Dengan Cepat, Goreng Pun Tak Meletup!

RESIPI IKAN AIR ASAM

ikan air asam

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Air asam jawa (ikut nak masam macam mana)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Cili (jika suka pedas, letak banyak)
  • Halia (tak letak pun boleh)
  • Gula (sedikit saja)
  • Garam
  • Kunyit

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ikan dulu yang sudah dilumur dengan kunyit dan garam.

2. Selepas itu, guna minyak ikan tadi dan tumis bawang merah serta bawang putih sampai wangi.

3. Kemudian, masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.

4. Seterusnya, masukkan ikan, bawang besar, cili, gula dan garam.

5. Setelah itu, perlahankan api dan tunggu bawang sudah layu, baru tutup api. Siap untuk dihidang!

ikan air asam

Antara jenis ikan yang sesuai digunakan dalam resipi ini ialah kembung, tenggiri dan kerisi. Paling menarik, lauk ini sebenarnya boleh dimasak secara goreng ikan atau direbus dahulu.

Sesetengah orang tak suka letak gula dalam Ikan Air Asam, tapi nak seimbangkan rasa, boleh letak sedikit gula saja dalam resipi ini.

Kadangkala sibuk dengan tugas seharian tapi tetap nak buat hidangan lauk yang sedap untuk keluarga. Oleh itu, kami cadangkan anda buat saja resipi mudah ini di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Akma Abdullah

Baca juga: Ikan Masak Asam Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Hirup Kuahnya Rasa Nikmat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN