Jom MyResipi kongsikan satu resipi yang cukup mudah tapi sangat menyelerakan iaitu ikan masin duri tumis kering. Resipi ini hanya menggunakan 3 bahan ringkas iaitu ikan masin, bawang ros dan cili kering.

Walaupun hanya menggunakan beberapa bahan, tapi hasilnya sangat sedap. Kalau kalian suka makan ikan masing memang wajib cuba resipi ini. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya.

Menurutnya empunya resipi, Surini Mohd memberitahu bahawa lauk ini merupakan salah menu kegemaran arwah bapanya. Kalau ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh beliau di bawah.

Baca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini

IKAN DURI MASIN TUMIS KERING

Bahan-bahan:

  • Ikan masin duri 300 gram
  • Bawang rose kecil 15 biji
  • Cili kering 10 tangkai

Cara memasak:

1. Semua bahan perlu dihiris halus. Hiris cili dan ikan masin seperti dalam gambar di bawah. Kemudian goreng kesemua bahan yang dihiris halus tadi.

ikan duri masin

2. Seterusnya boleh angkat dari minyak dan toskan.

3. Taburkan secubit secukup rasa, jangan terlalu banyak nanti masin.

4. Gaul sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.

5. Cukup sedap jika dimakan dengan nasi panas. Selamat mencuba!

ikan duri masin

Kredit resipi dan gambar: Suriani Mohd

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Ikan Masin Yang Wajib Anda Cuba, Lagi Sedap Dari Makan Kedai

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending