puding pisang sos kastard

Puding Pisang Sos Kastard adalah hidangan manisan yang lazat dan popular yang terbuat dari campuran puding, pisang, dan kastard.

Baca juga: Blueberry Cream Cheese Danish Cara Mr. Ali, Hanya Guna 6 Bahan Je

Cara menghidangkan pencuci mulut ini adalah berbeza-beza, tetapi secara amnya, puding pisang diletakkan di dalam gelas atau mangkuk, diikuti dengan sos kastard di atas. Ia selalunya dihidangkan dalam keadaan sejuk selepas disimpan di dalam peti ais bagi memberikan rasa segar yang lazat.

Antara jenis pisang yang sedap digunakan untuk membuat dessert ini ialah Pisang Berangan. Ini kerana pisang berangan memiliki rasa yang lebih manis berbanding jenis-jenis pisang yang lain. 

Berikut adalah resipi ringkas menerusi perkongsian Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah.


RESIPI PUDING PISANG SOS KASTARD

puding pisang sos kastard

Bahan-bahan utama:

Bahan-bahan sos:

  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan sampingan:

  • Kismis
  • Ceri merah dan hijau
  • Biji gajus – di sangai

Cara-cara penyediaan:

1. Sos Kastad 

Satukan semua bahan iaitu susu cair, air, gula, garam, tepung kastad dan esen vanila. Kacau sentiasa di atas api hingga pekat. Sejukkan di dalam peti ais.

2. Potong pisang. Kemudian, cairkan marjerin. Masukkan pisang dan balik-balikkan dengan marjerin hingga sedikit keperangan.

3. Letak pisang di atas pinggan. Tabur kismis, ceri dan gajus. Akhir sekali, siram dengan sos kastad. Sedap di makan sejuk-sejuk.


Selamat mencuba resipi pencuci mulut  yang mudah dan ringkas ini.

Baca juga: Kek Fruit Pastry Cara SIMPLE, Kek Viral Tahun 2010 Dah Trending Balik!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN