roti john

Bazar Ramadan di Malaysia kembali meriah dengan kehadiran pengunjung bersempena hari pertama Ramadan selepas 2 tahun tidak dibenarkan beroperasi. Antara kedai yang mendapat sambutan luar biasa adalah aneka kuih muih, murtabak dan roti john.

Roti John ini sememangnya antara menu yang wajib dicari setiap kali bulan puasa. Tapi ramai juga yang masih takut untuk bersesak di Bazar Ramadan kerana masih risau akan penularan Covid-19.

Jadi, apa kata jom buat sendiri saja di rumah. Caranya mudah dan rasa sama sedap macam beli. Yang penting tak perlu susah-susah cari roti sama macam digunakan oleh peniaga, guna roti frankfurter saja!

CARA BUAT ROTI JOHN HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Bawang merah – potong dadu
  • Bawang putih – potong dadu
  • Rempah kari (campur air)
  • Daging atau ayam cincang atau daging burger
  • Sosej – potong
  • Garam
  • Lada sulah
  • Daun sup/bawang – hiris
  • Telur
  • Roti frankfurter
  • Mentega

roti john

Cara-cara membuatnya:

1. Untuk membuat inti roti John, tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan rempah kari, daging cincang dan sosej beserta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan agak-agak saja. Kalau rata sehingga masak dan ketepikan.

roti john

2. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan juga daun sup atau daun bawang. Kacau.

3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.

4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti jangan sampai putus, sapukan mentega dan terus tekap atas kuali. Biarkan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

5. Dalam kuali/pen yang sama, cairkan sedikit mentega kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.

6. Tekap roti ke atas telur.

7. Agak-agak telur dah masak, terbalikkan.

roti john

8. Ini hasilnya bila dah siap tekap dengan inti tadi.

9. Letakkan mayonis dan sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.

10. Lipat roti dan potong.

roti john

Siap. Selamat mencuba!

Kredit gambar & resipi: Chinta Eyja

Baca juga: 5 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Menyegarkan & Mudah Dibuat, Wajib Cuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN