kuih biskut kelapa

Kuih biskut kelapa yang akan dikongsikan ini kelihatan sedikit berbeza dengan biskut kelapa yang biasa kita dapati di kedai. Ia merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu.

Rasanya amat lazat, cantik dan semestinya mudah untuk disediakan. Buat para amatur, resepi ini khas buat anda semua!

Kuih biskut kelapa ini mempunyai bentuk seakan love yang boleh dibuat dengan menggunakan acuan dan warnanya sedikit cerah.

Selalunya jika dah termakan biskut kelapa ni mesti tidak boleh berhenti! Bahan – bahan untuk membuat biskut kelapa ini juga mudah untuk didapati.

Antaranya termasuklah, tepung ubi, jagung dan gandum serta kelapa parut. Cara pembuatannya boleh dilihat dibawah!

Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Rohati bt Salim ketika menerima kunjungan dari min dalam program Jom Balik Kampung Melaka yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan.

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat bagaimana hendak menyediakan resepi biskut kelapa klasik ini!

Kerangupan biskut kepala memang kebanyakan menyukainya. Tambah pula sewaktu membakar harum semerbak bau kelapa.

Pasti leka menikmatinya, sedar-sedar dah separuh balang.

Resipi Kuih Biskut Kelapa

Bahan-bahan:

  • 1 cawan majerin
  • 1 cawan gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 3 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan kelapa kering

Cara membuat:

1. Adukkan majerin,gula icing dan kuning telur.
2. Gaul sebati dengan menggunakan senduk (kayu).
3. Bila dah sebati masukkan esen vanilla 1 sudu makan
4. Kemudian masukkan kelapa kering dan masukkan tepung jagung. sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
5. Sapu majerin pada loyang dan terap doh dengan acuan sapu sedikit telur putih dan tabur sedikit kelapa kering yang diwarnakan (tidak ada rasa tapi boleh menjadikan biskut lebih rangup)
6. Bakar pada suhu 150’c selama 15-20 minit.

Tutorial:

@myresipi

Bila tengok kuih kelapa ini, mesti semua teringat kampung halaman kan? Lagi-lagi bila musim perayaan. Kalau korang nak resipi kuih ini yang dibuat secara tradisional, boleh komen ‘Kongsi Resipi Min!’ #myresipi #resipitiktok #kuihkelapa #jombalikkampung #cuticutimalaysia @Tourism Malaysia

♬ Tanak Kampung (Versi Melayu) – Jimmy Palikat


Baca juga: Cara Buat Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan, Kuih Tradisional Kegemaran Ramai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN