kuih bingka ubi kayu

Jom buat Kuih Bingka Ubi Kayu guna Air Fryer, tak perlu susah-susah nak bakar dalam oven. Memang mudah dan sedap!

Sajian kuih berasaskan ubi kayu memang menjadi kegemaran ramai. Rasa yang lemak manis dan tekstur lembut membuatkan ia selalu menjadi pilihan untuk santapan.

Baca juga: Kuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!

Salah satu kuih orang lama yang menjadi ‘pujaan’ ramai ialah bingka ubi kayu. Juadah klasik ini disediakan dengan kaedah bakar.

Selain aroma wangi membangkitkan selera, permukaan garing, rasa lemak daripada ubi dan santan yang bergabung menjadikan juadah ini sangat enak.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Eniza M. Salim ini di laman Facebook. Hanya campurkan lima bahan dan bakar dengan air fryer.


RESIPI KUIH BINGKA UBI KAYU

kuih bingka ubi kayu

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan ubi kayu (diparut, tapis dan ambil sekali mendapannya)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu besar mentega (cairkan)
  • Sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.

2. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang sesuai. Jangan lupa sapu mentega terlebih dahulu.

3. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 minit menggunakan air fryer.

4. Anda boleh menambah masa selama lima minit untuk menggaringkan lagi permukaannya.

5. Siap untuk dihidang!

Khasiat Ubi Kayu: 

  • Ubi kaya dengan zat besi.
  • Selain itu ia tinggi kandungan vitamin C yang sangat mustahak untuk sistem imun dan penghasilan kolagen.
  • Ubi kaya sumber energi dan sesuai sebagai santapan selepas buat senaman berintensiti tinggi.
  • Ia juga tinggi kalium yang membantu mengembangkan salur darah sekali gus mengelakkan tekanan darah tinggi.
  • Jika anda ingin membeli ubi kayu, cari isi yang putih kerana itu tanda ia masih segar.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kuih Putu Ayu Cheese Anti Gagal, Memang Lembut Dan Gebu Hasilnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN