kopek kerang

Ramai yang sering gunakan cara merebus dahulu supaya kerang senang terbuka. Buat pengetahuan anda, terdapat cara lain untuk kopek kerang yang lebih mudah tanpa rebus tau.

Kerang adalah nama sekumpulan moluska dwicangkerang yang berasal daripada pelbagai keluarga dan merupakan sejenis makanan laut bercengkerang yang boleh dimakan.

Makanan laut ini amat mudah dikenali dengan kulitnya yang berbentuk seakan bulat dan lonjong seperti organ hati dan mempunyai gegaris tetulang di luarnya.

Sejak dulu lagi, kerang telah menjadi salah satu makanan laut yang disukai ramai kerana isinya yang pejal, manis serta sedap dimakan walaupun hanya direbus.

Roserosnah Rose telah kongsikan cara kopek kerang tanpa rebus di Facebook yang telah mendapat perhatian ramai kerana tipsnya sangat berguna. Jom kita cuba!

Baca juga: 5 Jenis Kerang Di Malaysia Dan Cara Memasaknya, Patutlah Isi Sedap Luar Biasa!

CARA KOPEK KERANG TANPA REBUS

1. Mula-mula, basuh kerang sehingga bersih.

kopek kerang

2. Kemudian, masukkan kerang yang telah siap dicuci ke dalam peti ais di bahagian sejuk beku dan biarkan semalaman.

3, Esoknya, boleh keluarkan kerang. Anda perlu rendam sekejap dan cuci seperti biasa dengan air mengalir.

4. Selepas itu, cuba kopek kerang tersebut dan anda akan dapati ia mudah terbuka.

kopek kerang

5. Beginilah hasil isi kerang yang telah dikeluarkan daripada cengkerangnya. Siap untuk digunakan!

kopek kerang

Tujung meletakkan kerang dalam peti ais di bahagian sejuk beku adalah untuk matikannya supaya mudah dikopek. Walaupun telah disejuk bekukan, isinya masih elok lagi.

Selepas membasuhnya, anda boleh terus gunakan untuk masak hidangan yang disukai. Berbanding rebus dahulu, cara kopek kerang ini membuatkan isinya lebih segar dan manis.

Selain dijadikan sebagai hidangan lauk, anda boleh gunakan isi kerang sebagai sampingan yang diletakkan dalam mee goreng atau kuetiau untuk menambahkan kelazatannya.

Cara kopek kerang ini lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai banyak masa dan ingin biarkan kerang semalaman. Jika nak cepat, boleh guna cara rebus kerang seperti biasa.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Roserosnah Rose

Baca juga: Tips Rebus Kerang Tanpa Ambil Masa Lama, 1 Minit Je Dapat Isi Padat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN