kuih manja

Kuih manja ini saiznya cukup comel bila disuap ke mulut. Rasanya cukup unik dan sedap. Kuih Manja juga dikenali dengan nama Kuih Tokyo.

Adunan kuihini lembut macam pancake dan biasanya dimakan dengan inti kaya atau kastard, boleh juga masukkan inti kegemaran anda contohnya inti kelapa ataupun coklat.

Comel dan kecil je, biasanya dibuat nipis-nipis, bila dah siap masak akan naik gebu diatas kuali! Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Saya Lieynda di bawah.

RESIPI KUIH MANJA

kuih manja

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 3 sdb gula
  • Esen vanilla
  • ¼ cawan susu cair/susu segar
  • ½ air
  • 1 biji telur
  • Pewarna pilihan
  • 1 sb marjerin pelangin

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
  2. Kisar sehingga semuanya menjadi sebati.
  3. Panaskan kuali leper, tuangkan sesudu adunan dan biarkan masak.
  4. Letakkan inti kaya di tengahnya. Dan lipat dua.
  5. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit: Saya Lieynda

Baca juga: Apam Balik Gebu Macam Pasar Malam, Sedap Makan Panas-panas

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN