sambal kentang ikan bilis
Menu simple seperti sambal kentang ikan bilis ini sangat sedap tapi gerenti bertambah makan.

Susah nak berhenti bila dah mula makan. Ketagih dibuatnya! Cara memasaknya juga sangat mudah sekali.

Kombinasi kentang dan ikan bilis ni memang padu, dimasak sempurna cukup rasa. Jom lihat cara membuatnya di bawah.

Sambal Kentang Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • 5 sudu besar ikan bilis (cuci dan toskan)
  • 4-5 biji ubi kentang (dipotong nipis)
  • 2 ulas bawang putih(diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Gula
  • Garam

Bahan cili kisar:

  • 10 batang cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan (angkat dan ketepikan)

2. Kemudian, masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup. (angkat dan ketepikan)

3. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.

4. Perlahankan api, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak atau sambal masak dengan sempurna.

5. Kemudian masukkan serbuk perasa atau gula dan gaulkan.

6. Masukkan ubi kentang, ikan bilis dan bawang yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika.

sambal kentang ikan bilis

7. Angkat dan siap untuk dihidang.

Kredit: Nurul Ateekah

Baca juga: 6 Petua Nak Sambal Tempe Tahan Lama Dan Rangup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN