cakoi mudah tanpa yis

Petang-petang macam ni sedapnya dapat makan kuih cakoi bersama secawan teh. Nak keluar beli malas pula, haa apa kata jom buat sendiri je guna resipi cakoi mudah tanpa yis ini.

Walaupun tak guna yis, hasilnya tetap jadi lembut dan berlubang di tengah macam kita selalu beli di gerai-gerai. Ikut saja cara-cara membuatnya di bawah. Selamat mencuba!

Cara Buat Cakoi Mudah Tanpa Yis

Bahan-bahan:

  • 2 cawan susu uht
  • 2 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sb baking powder
  • 1/2 sb baking soda
  • 1 sk garam atau gula
  • 1 sb minyak

Cara-cara:

1. Campur semua bahan. Uli sampai jadi macam dalam gambar. Bila membuat cakoi, doh perlu sangat lembut.

Doh sangat lembut dan mungkin melekat sikit pada jari. Kalau terlalu melekit boleh tambah tepung sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak.

2. Sapukan minyak di keliling doh dan biarkan kembang selama 1 jam.

3. Bila dah kembang, sapukan sedikit tepung di atas tempat menguli dan letak doh di atas. Jangan guna banyak sangat tepung. Renjis juga tepung di bahagian atas doh sebelum mula menggolek.

cakoi mudah tanpa yis

4. Buat bentuk segi 4 macam dalam gambar dan potong. Selepas potong, letakkan semua doh berdua dan tekan di tengah-tengah dengan lidi chopstick.

5. Tarik doh memanjang sebelum goreng. Pastikan minyak panas jadi doh akan naik dan cakoi mengembang.

cakoi mudah tanpa yis

6. Selamat mencuba!

cakoi mudah tanpa yis

Kredit: Zara Jane Qadry

Baca juga: Resipi Donut Gebu Hanya Guna 5 Bahan, Tak Perlu Rehatkan Doh