Pucuk ubi enak dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Kalau dicelur, selalunya ia dijadikan sajian pecal, gado-gado ataupun dinikmati bersama sambal belacan dan budu.
Tapi pernah tak jadi bila anda celur, sayuran ini akan bertukar warna coklat dan pucat? Nampak tak menarik jadinya.
Menerusi perkongsian oleh Puan Razilah Said, beliau mendedahkan petua dari arwah ibu tercinta agar sayur yang direbus kekal hijau dan nampak menyelerakan. Jom cuba!
Baca juga: Jenis Sayur Yang ‘Berangin’, Patutlah Perut Kembung & Sakit-Sakit Badan
TEKNIK CELUR PUCUK UBI YANG BETUL
Cara-cara mencelur yang betul:
1. Didihkan air. Masukkan sayur dan taburkan garam kasar.
2. Balikkan-balikkan sehingga sayur lembut.
3. Kemudian, toskan airnya dan bilas dengan air sejuk sambil ramas-ramas.
4. Perahkan sayur tersebut untuk keringkan airnya.
RESEPI URAP DAUN UBI
Bahan-bahan:
- Pucuk daun ubi/sayur paku/tauge/daun cekor yang muda (boleh campur kalau suka)
- Kelapa muda (diparut)
- Cili padi
- Isi cekor/kencur
- Belacan bakar
- Udang kering/ikan bilis
- Bawang merah
Cara-cara:
1. Kisar atau tumbuk semua bahan kecuali sayur.
2. Sangan bahan kisar sehingga kering airnya. Masukkan gula dan garam serta perasa jika suka.
3. Masukkan pula kepala parut, kacau sebati dan sejukkan.
4. Akhir sekali, masukkan sayur yang sudah dicelur. Gaul sebati dan siap.
Kredit resipi dan gambar: Razilah Said
Baca juga: Tip Simpan Sayur Tahan Lama Dalam Peti Sejuk, Sebulan Dua Tetap Segar