kuih puteri ayu

Buat anda yang sukakan kuih tradisional pasti cukup kenal dengan Kuih Puteri Ayu. Ia sejenis kuih yang lahirnya dalam keluarga kuih apam.

Bentuk Kuih Puteri Ayu sangat cantik sebab dibuat mengikut acuan dan ada kelapa parut di atasnya. Tapi ada yang tak menjadi buatnya sampaikan kuih jadi bantat.

Jika anda sering gagal buat Kuih Puteri Ayu, kami cadangkan anda ikut resipi yang dikongsikan oleh Normah Abdul Rahman. Siap ada tips supaya tak bantat!

Baca juga: Buat Sendiri Kuih Puteri Ayu, Resipi Sukatan Cawan Untuk 45 Biji

RESIPI KUIH PUTERI AYU

kuih puteri ayu

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu besar pewarna hijau
  • 1 ½ sudu kecil ovalett
  • 2 sudu besar perisa pandan
  • kelapa parut putih (tak mahu hitam)
  • sedikit garam halus
  • sedikit tepung jagung

Cara-cara:

1. Tepung dan baking powder diayak bersama dalam satu mangkuk atau bekas. Gula, ovalett dan telur dipukul hingga kembang dalam mangkuk atau bekas yang lain.

2. Masukkan susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan ke dalam bekas gula, ovalett dan telur yang sudah kembang, kacau hingga sebati.

3. Bila dah sebati, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi, gaul dan kacau rata maka siaplah adunan kuih.

4. Sediakan mangkuk lain pula khas untuk gaul kelapa parut dengan sedikit garam halus dan sedikit tepung jagung untuk bagi kelapa tu rasa lebih berlemak.

5. Panaskan pengukus, sementara itu acuan kuih disapu minyak masak.

6. Masukkan kelapa yang sudah digaul dengan garam halus dan tepung jagung tadi ke dalam setiap acuan yang sudah disapu minyak masak. Gunakan jari untuk tekan kelapa tersebut sampai padat. Anggaran kelapa tu kurang sikit dari setengah acuan.

7. Masukkan adunan kuih ke dalam acuan yang sudah diisi dengan kelapa yang telah ditekan sehingga padat.

8. Apabila air pengukus sudah mendidih, lap air dalam penutup pengukus dan kukus adunan kuih.

9. Selepas 10 minit mengukus, lap penutup pengukus supaya tiada air yang jatuh atas adunan kuih. Selepas mengelap, sambung kukus lagi 5 minit. Siap satu round kuih.

10. Ulang langkah 7 hingga 9 sampai habis adunan kuih. Siap!

kuih puteri ayu

Diingatkan supaya jangan simpan adunan dalam peti sejuk sebab apabila kukus, Kuih Puteri Ayu anda akan jadi bantat.

Selain itu, jangan bagi wap air terjatuh atas kuih sebab ia akan jadi bantat nanti. Tak puas makan jika keras dan tak gebu.

Ikut saja resipi yang dikongsikan di atas, pasti anda akan berhasil buat Kuih Puteri Ayu yang lembut dan gebu.

Selamat mencuba!

Sumber: Normah Abdul Rahman

Baca juga: Resipi Apam Gula Melaka, Lebih Nikmat Makan Dengan Kelapa Parut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN