Ramai rupanya yang sukakan resipi perapan Ayam Bakar Kewpie ini. Boleh kita tengok cara Khairul Aming yang amat ringkas dan mudah ini. Hanya menggunakan empat bahan saja perapannya.
Kebiasaannya, sos kewpie roasted sesame ini hanya dijadikan dressing untuk membuat salad atau pasta. Tapi, nampak begitu mengiurkan bila dijadikan sebagai salah satu bahan perapan untuk bakar.
Baca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!
Bahan-bahan yang digunakan untuk resepi ini adalah mudah sangat, Kewpie dressing, sos tiram dan serbuk blackpepper, percaya ke tidak? Macam main-main sahaja sebab dengan bahan sedikit itu boleh ciptakan makanan sedap menjilat jari.
Jom lihat cara penyediaannya di bawah.
RESIPI PERAPAN AYAM BAKAR KEWPIE
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam – sudah dibersihkan
- Sos Kewpie perasa roasted sesame
- Sos tiram
- Serbuk blackpepper
- Sedikit minyak masak
- Mixed herbs – optional
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, gaulkan dengan sos kewpie + sos tiram + serbuk blackpepper + mixed herbs. Gaul sebati.
2. Kemudian tambahkan sedikit minyak masak supaya bagi kulit ayam lebih rangup.
3. Selepas itu, boleh masukkan perapan ayam tadi didalam air fryer dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit.
4. Siap. Sedia untuk dihidang.
Video penuh:
@khairulaming Ayam Kewpie campur Sambal Nyet. Combination yang sangat sedap dan kick. Korang boleh try, simple je guna air fryer 😁 #makanlokal #sambalnyet
Selamat mencuba resipi ringkas perapan Ayam Bakar Kewpie ini.
Baca juga: Ayam Bakar Mayonis Cara Mudah, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je