nama lain bagi babi

Penting bagi orang Islam mengetahui apakah nama lain bagi babi agar tidak termakan sesuatu yang haram.

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila sebuah kedai serbaneka didapati menjual produk ‘sandwich ham & cheese’ yang menggunakan logo halal palsu.

Apa yang lebih parah, premis tersebut menyalahgunakan logo halal untuk produk babi yang sememangnya tidak halal.

Tidak salah untuk menjual sesuatu yang berunsurkan babi, namun penggunaan logo halal pada produk tersebut adalah sangat sensitif dan boleh mengelirukan orang Islam.

Tanpa logo halal, produk itu masih boleh dijual, tetapi ia perlu diasingkan dari produk halal bagi mengelakkan tercampur.

Baca juga: 13 Jenis Cendawan Yang Boleh Dimakan, Rupanya Banyak Yang Kita Jarang Jumpa!

NAMA LAIN BAGI BABI, ORANG ISLAM KENA AMBIL TAHU

Berikut kami senaraikan antara nama lain bagi daging khinzir yang perlu korang ambil tahu untuk dijadikan panduan sebelum membeli atau memilih tempat makan.

nama lain bagi babi

1. Ham

Ham merupakan daging babi untuk bahagian paha.

2. Swine

Swine merupakan istilah yang digunakan bagi semua jenis masakan babi.

3. Sow Milk

Terdapat juga susu babi yang dipasarkan. Ianya boleh dikenali sebagai sow milk.

4. Porcine

Porcine mempunyai elemen daging babi di dalamnya. Ianya sering dijadikan sebagai minyak dalam masakan.

5. Hog

Hog merupakan hidangan yang mengandungi daging babi dewasa yang mempunyai berat melebihi 50 kilogram.

6. Bak

Masyarakat Tionghoa sering menggunakan istilah ini bagi menjenamakan masakan mereka. Sebagai contoh seperti Bak Kut Teh dan Bak Kwa.

7. Char siu, cha shu, cha siu, char siew

Sila pastikan anda lebih berhati-hati sebelum menikmati juadah barbeku. Hal ini kerana empat nama tersebut mempunyai kandungan daging babi.

8. Butaniku

Sekiranya anda mendapati sesuatu makanan itu dinamakan sebagai butaniku atau mempunyai kandungan butaniku, anda perlu menghindarinya kerana ia mempunyai kandungan daging babi.

9. Zhu Rou

Menurut bahasa rasmi Mandarin, Zhu membawa erti babi manakala Rou pula ialah daging.

Sumber: Atie Wati Ikornin

Baca juga: Beza Butter Dan Marjerin, Mana Yang Lebih Bagus Untuk Buat Kuih Atau Kek?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN