Anak-anak suka makan agar-agar ni semasa sejuk, memang sedap”

Baru-baru ini viral agar-agar susu kotak di Facebook, sehingga ramai yang kongsi resepi tersebut. Uniknya agar-agar ini ia diletakkan di dalam kotak air tersebut, jadi ia nampak cantik dan menarik perhatian orang ramai.

Jom cuba buat agar-agar susu kotak ini mudah dan cepat, anak-anak pasti suka.

Bahan-bahan

  • 1 liter air kotak (coklat / strawberi)
  • 3 sudu gula
  • 1 pek serbuk agar-agar (ambil yang jernih)

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan semua bahan, kacau sehingga mendidih.
  2. Selepas itu, gunting kotak susu tu comel-comel sedikit.
  3. Masukkan bancuhan agar-agar tersebut ke dalam susu kotak, biarkan sejuk dahulu baru masuk di dalam peti ais.
  4. Biarkan semalaman dan siap boleh dimakan.

Sumber: Ain’nie Rahman