asam gelugor

Asam keping atau asam gelugor memang salah satu bahan penting dalam masakan. Kebanyakan orang juga lebih suka asam keping berbanding asam jawa sebab rasa masamnya lebih pekat dan tak merubah warna hidangan.

Jika anda perasan, ada dua jenis asam keping yang boleh didapati di pasaran. Satu berwarna gelap dan satu lagi keperangan. Bagi yang baru belajar memasak, memilih asam keping yang sesuai mungkin agak mengelirukan.

Baca juga: Ramai Tak Tahu Khasiat Minum Air Rendaman Asam Keping, Sekelip Mata Migrain Hilang!

PERBEZAAN ASAM GELUGOR WARNA HITAM DAN PERANG

asam gelugor

Seperti yang berlaku pada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Kak Mar, dia telah memuat naik posting di grup Masakan Terengganu untuk bertanya tentang perbezaan antara asam keping kering berwarna hitam dan cerah.

Jadi, beberapa ahli lain berkongsi pengalaman mereka menggunakan kedua-dua jenis asam keping ini dalam masakan. Berikut merupakan berbezaan tersebut:

1. Asam keping hitam datang dari buah yang sudah matang, manakala yang keperangan dari buah muda.

2. Kualiti asam keping hitam biasanya lebih baik dan tak mudah hancur bila dimasak, berbanding yang keperangan yang cepat hancur.

3. Kedua-duanya bagi rasa masam, tapi asam keping hitam lebih sedap dan tak pahit.

4. Asam keping hitam dijemur kering dan lebih ringan, sementara yang keperangan masih lembab dan lebih tebal.

5. Ada yang berpendapat asam keping hitam adalah asam lama, sementara yang keperangan lebih baru. Asam keperangan pun boleh jadi hitam kalau simpan lama-lama.

Sumber: Kak Mar via Masakan Terengganu

Baca juga: Hanya Guna Asam Keping, Elak Sotong Jadi Kecut & Hanyir Bila Dimasak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN