si bulus

Kalau tengok si bulus di jalanan, mesti terus terdetik hati nak bagi ia makan sampai kenyang. Walaupun tahu kucing-kucing jalanan sentiasa kelaparan dan mempunyai jangka hidup yang pendek.

Lain pula kisahnya dengan si bulus yang ini. Tular videonya di laman TikTok apabila kucing tersebut seakan-akan menangis setelah diberikan makanan ‘wet food’ ternyata membuat netizen sebak.

Baca juga: Resepi Wet Food Kucing Homemade Guna 3 Bahan Ini, Bulu Makin Sihat & Gebu

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @MissApplePie, kelihatan seorang wanita di restoran sedang meriba kucing tersebut makan di atas meja.

Lebih membuatkan netizen sebak apabila si bulus tersebut mengalir air mata seakan-akan bersyukur diberikan makanan sambil perlahan-lahan menjamah wet food tersebut.

si bulus

Tinjauan di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sedih apabila melihat raut wajah kucing tersebut yang menyentuh hati mereka.

Malah, ada juga netizen yang berharap agar orang ramai dapat membantu haiwan jalanan yang lain supaya tiada lagi yang kelaparan.

Antara komen pengguna:

si bulus

Video Penuh:


Korang jangan risau, si bulus tersebut sudah selamat di bawah jagaan wanita berkenaan malah beliau juga akui tak sampai hati meninggalkannya di restoran itu. 

Wah! semoga murah rezeki awak ye penulis doakan! Amin!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN