buat kulit tart

Nak buat inti cheese tart, blueberry tart, fruit tart dan sebagainya memang senang. Yang renyah sikit bila nak buat kulit tart tu. Sebab itu ramai penjual tart membeli kulit tart yang sudah siap di kedai. Tinggal nak buat inti saja, mudah kerja.

Oleh sebab itu, ramai juga yang sudah mula menjual kulit tart sebagai sumber pendapatan kerana mendapat permintaan yang tinggi.

Kalau anda masih mencari idea untuk niaga, mungkin boleh cuba buat kulit tart ini. Ikut saja caranya yang telah dikongsikan oleh Hlinda di bawah.

CARA BUAT KULIT TART

Bahan-bahan kulit tart:

  • 250g marjerin
  • 100g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 500g tepung gandum

Cara-cara:

1. Satukan marjerin, gula kastor, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sekadar sebati, jangan sampai kembang.

2. Selepas adunan no 1 dah sebati, boleh masukkan tepung gandum. Gaul lagi sehingga sebati. Jika lembik dan melekat pada jari, boleh masukkan sedikit lagi tepung.

3. Bila adunan dah elok, boleh masukkan sedikit adunan dalam acuan untuk bentuk kulit tart.

4. Saya guna acuan saiz 4.5 cm. Alat warna pink tu presser tart, boleh cari di shopee.

5. Bakar dalam oven suhu 170 darjah selama 20 minit. Gunakan api atas bawah. (suhu bergantung pada oven masing-masing)

6. Jika nak tahu kulit tart dah masak atau belum, terbalikkan acuan. Jika tart tak boleh keluar dari acuan bermakna belum masak. Boleh tambah sedikit masa lagi.

# Adunan ini boleh dapat 110 – 115 pcs

# Kulit tart boleh tahan selama 1 bulan lebih. Tapi jangan sampai berbulan-bulan, nanti rasa tak sedap dan tak fresh.

Selamat mencuba!

Kredit: Hlinda Hlinda

Baca juga: Tak Perlu Peram, Ini Dia Resipi Kek Gula Hangus ‘Confirm’ Jadi Guna Sukatan Cawan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN