
Kalau anda teringin menu berkuah yang ringan, masam, pedas dan menyegarkan, Siakap Masak Asam Rebus antara hidangan yang tak pernah mengecewakan.
Resipi Siakap Masak Asam Rebus diinspirasikan daripada perkongsian popular Khairul Abdullah dan yang menarik, tak perlu kukus, tak perlu tumis, cuma rebus saja tapi hasilnya tetap padu sebab semua jus ikan meresap terus ke dalam kuah.
Baca juga: Buat Sendiri Ikan Siakap Stim Ala Thai, Aromanya Memang Menggoda Selera!
RESIPI SIAKAP MASAK ASAM REBUS

Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
- 2 inci halia (dihiris nipis)
- 5 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 biji bawang besar (dibelah 4)
- 2–3 batang serai (diketuk & dipotong pendek)
- 1 batang celery (pilihan)
- 1 biji tomato (dibelah 8)
- 10 biji cili padi (tambah jika mahu lebih pedas)
- 1–2 biji limau nipis
- 3 biji asam boi
- 3 sudu sos ikan
- Garam secukup rasa
- Daun bawang dan daun ketumbar untuk hiasan
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan ikan siakap, halia, bawang putih, bawang besar, serai, celery dan asam boi ke dalam periuk. Tambah air mengikut banyak kuah yang anda mahu. Rebus hingga mendidih dan ikan mula mengeluarkan jusnya.
2. Kecilkan api. Masukkan tomato, cili padi, perahan limau nipis dan sos ikan. Rasa dahulu sebelum tambah garam, kuah rebusan biasanya sudah cukup sedap.
3. Bila semua rasa seimbang (masam, pedas, masin), tutup api dan taburkan daun bawang serta ketumbar untuk aroma segar.
Tips tambahan untuk lebih padu:
- Nak aroma naik? Masukkan sedikit halia muda.
- Jika mahu kuah lebih banyak, tambah air dan laras semula perasa.
- Boleh tukar siakap kepada siakap merah atau jenahak.
- Nak lebih kick, tambah 1–2 keping asam keping.
Kuah asam rebus ni memang jernih, tak berminyak, tapi kaya dengan rasa.
Menu ini sesuai untuk sesiapa yang dah bosan dengan masakan bergoreng. Gabungan serai, halia, limau nipis dan asam boi menjadikan kuahnya wangi, masam seimbang dan sangat menyelerakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Khairul Abdullah
Baca juga: Cara Buat Siakap 3 Rasa Simple Di Rumah, Sedap Setanding Kedai Makan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














