
Sekali-sekala mesti nak masak hidangan istimewa untuk keluarga seperti Ikan Siakap Stim. Dengar saja nama lauk tersebut, terus terbayang aromanya yang menggoda selera.
Resipi Ikan Siakap Stim ala Thai oleh Zurina Zulkefli memang mengujakan kerana hasilnya wangi, sedap dan sesuai untuk hidangan keluarga di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Bawal Masak Stim Simple, Menu Orang Baru Kahwin Ini Buat Suami Puji Berbakul
RESIPI IKAN SIAKAP STIM ALA THAI

Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap
- 2 biji limau nipis
- 1 batang serai
- 5 hirisan halia
- 3 tangkai cili merah kecil
- 3 tangkai cili hijau kecil
- 5 ulas bawang putih
- 1 batang daun ketumbar
- Setengah kiub pati ayam
- Sos ikan secukupnya
Cara-cara memasak:
1. Bersihkan ikan siakap dan hiris sedikit bahagian badannya supaya bahan perasa mudah meresap.
2. Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
3. Perahkan jus limau nipis ke atas ikan untuk hilangkan bau hanyir.
4. Kukus ikan selama 5 minit, kemudian biarkan seketika dengan api perlahan supaya rasa meresap.
5. Cincang bawang putih secara kasar.
6. Goreng bawang putih sehingga keemasan (kerangupan bawang putih ini akan menaikkan aroma ikan stim).
7. Padamkan api dan masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
8. Kacau kuah sehingga sebati dan rasa terlebih dahulu. Jika terlalu masin, tambah sedikit air.
9. Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun ketumbar.
10. Kukus lagi selama 3 minit supaya kuah meresap ke dalam ikan. Siap untuk dihidang!
*Tip: untuk lebih pedas, tambah cili api.
Ikan Siakap Stim ala Thai bukan sahaja lazat, tetapi juga menyihatkan. Jadi, jangan lupa untuk cuba resipi ini dan lihat suami atau anak-anak puji nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Zurina Zulkefli
Baca juga: Cara Buat Siakap 3 Rasa Simple Di Rumah, Sedap Setanding Kedai Makan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














