tips simpan serai

Serai antara bahan wajib ada di dapur kerana bau wangi dan rasa segarnya buat masakan jadi bertambah sedap. Namun, anda perlu tahu tips simpan serai supaya segar dan tahan lama.

Nak masak tomyam, rendang atau kari, serai memang wajib ada kerana aromanya yang wangi mampu membangkitkan selera. Pendek kata, hidangan rasa tak lengkap tanpa serai.

Satu masalah yang biasa dihadapi ialah serai cepat kering dan layu jika tak disimpan dengan betul. Siapa nak guna serai sudah lembik atau busuk untuk memasak bukan?

Oleh itu, anda perlu tahu tentang tips simpan serai yang betul supaya hasilnya kekal segar. Setelah menggunakan cara ini, pasti anda puas hati nanti. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Cara Simpan Lobak Merah Berbulan Tanpa Lembik, Segar Macam Baru Beli!

TIPS SIMPAN SERAI TAHAN LAMA

tips simpan serai

1. Mula-mula, bersihkan serai yang nak disimpan.

2. Selepas itu, sediakan balang panjang yang sesuai untuk muatan bilangan serai yang kita nak simpan.

3. Kemudian, masukkan serai tadi ke dalam balang tersebut.

4. Seterusnya, masukkan air sampai serai tadi terrendam di dalam air.

5. Setelah itu, masukkan dalam peti sejuk. Air tadi boleh tahan 2 hingga 3 bulan.

6. Jika nak serai lebih segar dan bersih, tukar air seminggu atau 2 minggu sekali.

tips simpan serai

Apabila tahu cara simpan yang betul, serai bukan saja tahan lama, tapi juga kekal harum, segar dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

Tips simpan serai ini sesuai juga digunakan untuk penyimpanan lengkuas, kunyit hidup dan lain-lain. Senang cerita, cara ini memang berguna untuk anda praktikkan di dapur.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Diyanah Safiya

Baca juga: Cara Simpan Daun Pandan Supaya Kekal Segar, Berbulan Pun Boleh Tahan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN