tomato ais

Bila tengok cermin, tiba-tiba muncul jerawat, muka nampak kusam atau sembab. Jangan risau, petua tomato ais ini ringkas, murah dan ramai pengguna kata kesan cepat. Kulit lebih segar, pori kecil dan jerawat pun kurang.

Ramai wanita termasuk model pernah cuba petua ini. Seperti yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai, hasilnya membuatkan wajah lebih mudah disolek dan berkilau.

Baca juga: Doktor Kongsi Petua Bunga Cengkih Untuk Batuk Kering Tengah Malam, Tidur Jadi Lebih Lena!

APA ITU TOMATO AIS?

tomato ais

Tomato ais ialah ketulan tomato beku yang digunakan sebagai ‘ice facial’. Tomato mengandungi vitamin C, antioksidan dan likopen yang dikenali membantu memberi kesegaran pada kulit.

Bila digabungkan dengan ais, ia memberi sensasi sejuk yang menenangkan dan membantu mengurangkan rasa bengkak pada wajah.

CARA BUAT TOMATO AIS

1. Bekukan tomato.

Masukkan sebiji tomato ke dalam freezer selama 3 hingga 4 jam sehingga ia mengeras.

2. Potong dan sediakan.

Keluarkan tomato beku, potong kepada dua, kemudian bilas sedikit dengan air supaya permukaannya lebih bersih.

3. Golekkan tomato di wajah.

Sapukan atau golek-golek bahagian tomato itu pada seluruh wajah sehingga tomato mula hancur dan jusnya meresap.

4. Biarkan kering.

Rehatkan selama 15 hingga 20 minit supaya kulit menyerap jus tomato.

5. Bilas seperti biasa.

Cuci wajah dengan air bersih.

Kami sarankan anda buat 1 hingga 2 kali sehari untuk seminggu bagi melihat perubahan yang ketara.

INI ANTARA MANFAATNYA UNTUK KECANTIKAN

Menurut pengalaman dan perkongsian ramai pengguna, tomato ais dikatakan boleh membantu:

  • menjadikan pori-pori kelihatan lebih kecil
  • mengurangkan kulit berminyak
  • mengurangkan sembab pada muka
  • membantu peredaran darah wajah
  • memberi kesan segar dan sedikit kemerahan natural
  • mengurangkan blackhead
  • menyamakan tona kulit
  • menenangkan jerawat

Walaupun keberkesanan mungkin berbeza mengikut jenis kulit, banyak yang suka petua ini sebab ia sangat murah, ringkas dan rasa sejuknya memang menyegarkan.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Purplle.com

Sumber: Aisyah Badar Bajrai

Baca juga: Nak Hilangkan Bau Badan & Kecilkan Perut, Cuba Petua Minum Air Limau Kasturi Madu Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN