Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan kisar dan dibungkus menggunakan daun pisang. Aroma harum daun pisang yang terkena haba menjadikan lauk ini lebih istimewa.
Menariknya, resipi pais ikan kembung perkongsian Dhia Nadia ini cukup mudah disediakan kerana tidak memerlukan banyak bahan. Cili merah, bawang, serai dan beberapa bahan perasa dikisar sebelum digaul bersama ikan.
Cara memasaknya juga tidak semestinya menggunakan ketuhar atau pemanggang. Ikan yang sudah dibalut dengan daun pisang boleh terus dimasak di atas dapur menggunakan api sederhana. Tak perlu tambah kelapa parut pun kerana resipi ini memang menggunakan bahan kisar sahaja.
Baca juga: Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!
RESIPI PAIS IKAN PATIN

Bahan kisar:
- Cili merah besar
- Bawang putih
- Bawang merah
- Serai
Bahan lain:
- Ikan kembung
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukup rasa
- Asam jawa secukup rasa
- Gula (pilihan)
- Daun kunyit (dihiris)
- Daun pisang secukupnya untuk membungkus
Cara-cara penyediaan:
- Kisar cili merah besar, bawang putih, bawang merah dan serai sehingga halus.
- Masukkan bahan kisar ke dalam bekas. Tambahkan garam, serbuk perasa, asam jawa dan gula jika suka.
- Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan perasakan mengikut cita rasa.
- Letakkan ikan kembung di atas daun pisang yang telah dibersihkan. Tuangkan bahan kisar tadi sehingga menyaluti ikan.
- Taburkan hirisan daun kunyit di atas ikan untuk menambahkan aroma.
- Bungkus ikan dengan kemas menggunakan daun pisang supaya bahan perapan tidak mudah terkeluar ketika dimasak.
- Masukkan bungkusan ikan ke dalam kuali atau atas permukaan kuali leper. Masak menggunakan api sederhana sehingga ikan masak sepenuhnya. Terbalikkan bungkusan sekali-sekala supaya ikan masak sekata.
- Setelah masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.
Tip: Pastikan daun pisang dilayukan sebentar di atas api supaya lebih lembut dan tidak mudah koyak ketika membungkus ikan.
Sumber: Dhia Nadia
Baca juga: Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

