siakap 3 rasa simple

Siapa yang pernah makan Siakap 3 Rasa bersama keluarga di restoran, mesti tahu kesedapannya. Jika teringin, boleh cuba sendiri dengan resipi Siakap 3 Rasa simple ini.

Siakap 3 Rasa adalah hidangan kegemaran ramai yang terkenal dengan kombinasi rasa manis, masam dan pedas. Sosnya yang pekat dan berwarna menarik disaluti ke atas ikan siakap goreng garing, menjadikannya sajian yang menyelerakan.

Suzy N Payis telah kongsikan resipi Siakap 3 Rasa simple yang sesuai untuk makan tengah hari atau malam bersama keluarga di rumah dan hasilnya sungguh sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: 13 Rahsia Buang Hanyir Ikan, Terus Buat Ikan Jadi Bersih, Lendir Hilang & Bau Pun Lesap!

RESIPI SIAKAP 3 RASA SIMPLE

siakap 3 rasa simple

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • Serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan hiasan:

  • Tomato
  • Bawang besar
  • Daun bawang

Bahan tumisan (dicincang halus atau kasar):

Bahan wajib:

  • 5 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • Daun limau purut (jika ada)

Bahan sos:

  • 3 sudu sos ikan
  • 3 sudu sos cili
  • Kicap manis secukup rasa (elak terlalu gelap)
  • 3 hingga 4 sudu sos tiram
  • ½ atau 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lime (boleh diganti perahan limau nipis)

*Tips: untuk warna yang menarik, boleh tambah cili kisar sedikit.

Bahan tambahan:

  • Nanas sedang masak (dipotong sederhana, bukan terlalu masak)

Cara-cara masak:

1. Lumurkan serbuk kunyit dan goreng ikan hingga garing. Ketepikan.

2. Tumis bawang merah, halia, cili padi, cili merah, bunga kantan, bawang putih sehingga naik bau dan warnanya cantik.

3. Tambahkan nanas dan cili kisar. Kacau sebati.

4. Tuangkan sos ikan, sos cili, kicap manis, sos tiram, kiub ayam dan serbuk lime. Jika sos terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak agar ikan tak tenggelam.

5. Perasakan dengan gula dan garam mengikut citarasa.

Setelah siap, terus susun ikan goreng di atas pinggan, tuang sos 3 rasa bersama nanas dan hiasan. Kemudian, bolehlah nikmati bersama keluarga tersayang.

Selamat mencuba!

Sumber: Suzy N Payis

Baca juga: Resipi Bawal 3 Rasa Paling Padu, Simbahan Kuah Pekat Buat Selera Terangkat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN