
Siapa yang suka masakan pedas, mesti setuju jika dikatakan cili padi memang nyawa dalam masakan. Sebenarnya, ada cara simpan cili padi supaya tahan lama bertahun-tahun.
Nak buat sambal belacan, masak lemak, tumis air atau sekadar cicah kicap, cili padi memang jadi bahan wajib ada di dapur. Masalahnya jika beli banyak sekaligus, cepat sangat kecut.
Ramai suka cara sejuk beku atau sekadar simpan dalam bekas kedap udara, tapi tetap juga tak tahan lama. Paling mengecewakan, tengok cili sudah lembik, hitam atau berkulat.
Perkongsian oleh Mazeline Soning di Facebook tentang cara simpan cili padi ini memang menarik. Bukan saja tahan berbulan, malah ada yang sampai bertahun. Jom tengok caranya!
Baca juga: Cara Simpan Tauhu Tahan Lama & Tak Cepat Masam, Segar Macam Baru Beli!
CARA SIMPAN CILI PADI

1. Mula-mula, cuci cili padi dengan air bersih, kemudian toskan.
2. Kemudian, buka hujung cili supaya bahan perapan mudah meresap.
3. Selepas itu, taburkan garam dan gula secukupnya.
4. Seterusnya, biarkan cili dalam suhu bilik selama 12 hingga 24 jam.
5. Setelah cukup masa, tuang cuka makan sampai cili tenggelam sepenuhnya.
6. Setelah itu, boleh terus simpan dalam peti sejuk.
7. Apabila nak guna, cuma ambil ikut keperluan. Hasilnya pasti rasa pedas, segar dan sedap.
Setelah menggunakan tips ini, anda tak perlu risau cili padi cepat rosak lagi. Paling seronok, nak masak bila-bila pun pasti ada stok cili padi yang segar di dapur.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Mazeline Soning
Baca juga: Cara Simpan Cili Kisar Supaya Tahan Lama, Jimat Nak Guna Untuk Masak!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














