daun ketumbar

Daun ketumbar dikenali sebagai pelengkap aroma dalam masakan sama ada ditabur atas sup panas atau digunakan akarnya untuk menaikkan rasa tumisan.

Namun, tak semua orang suka dengan rasanya. Malah, ada individu yang menganggap bau atau rasa daun ini seperti sabun.

Menurut Pakar Kesihatan Mental, Amirul Ramli, sekitar 10% penduduk dunia memang dilahirkan dengan keupayaan rasa yang membuatkan ketumbar terasa seperti bahan pencuci. Bukan mengada-ngada, ia sebenarnya melibatkan faktor genetik.

Baca juga: Minum Air Manis Waktu Pagi Atau Malam, Mana Sebenarnya Lebih Mudaratkan?

DAUN KETUMBAR ADA KOMPAUN SEMULA JADI YANG BANTU TENANGKAN OTAK

@amirul.ramli♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Dalam sebuah video di TikTok, Amirul berkongsi sesuatu yang menarik iaitu daun ketumbar sebenarnya mempunyai kompaun semula jadi yang boleh membantu menenangkan sel otak.

Kompaun ini dikatakan bertindak dengan mengurangkan ‘over excited neuron’, iaitu keadaan di mana sel otak bekerja terlalu aktif.

Oleh sebab itu, ada teori yang menyatakan ketumbar mungkin mempunyai kesan anti-anxiety semula jadi dan berpotensi membantu otak yang “hyperactive”.

Jika anda berada dalam kumpulan yang rasa ketumbar seperti sabun, mungkin agak mencabar untuk menikmatinya walaupun kita tahu manfaatnya memang banyak.

KHASIAT DAUN KETUMBAR YANG RAMAI TAK TAHU

daun ketumbar

Selain fungsi dalam masakan, daun ketumbar turut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Antara kelebihannya:

1. Mengurangkan keradangan kulit.

Daun ketumbar mengandungi komponen seperti cineole dan asid linoleat yang membantu menenangkan keradangan kulit.

2. Melegakan gangguan kulit.

Sifat antiseptik, antikulat, detoksifikasi dan antioksidan menjadikan ia sesuai untuk mengurangkan masalah seperti kulit kering, ekzema atau jangkitan kulat.

3. Membantu menurunkan kolesterol.

Beberapa asid penting yang terdapat dalam ketumbar, termasuk vitamin C, boleh membantu menurunkan kolesterol jahat dan pada masa sama meningkatkan kolesterol baik (HDL).

4. Baik untuk masalah cirit-birit.

Komponen seperti borneol dan linalool membantu melancarkan sistem pencernaan dan menyokong fungsi hati.

5. Bantu kawal tekanan darah.

Sifatnya yang membantu melonggarkan saluran darah menjadikan ketumbar antara bahan semula jadi yang boleh menyokong tahap tekanan darah yang stabil.

6. Melawan bakteria Salmonella.

Daun ketumbar mempunyai kandungan dodecenal yang berupaya melawan bakteria berbahaya seperti Salmonella.

7. Menyokong sistem pencernaan.

Ia merangsang rembesan enzim dan jus pencernaan yang membantu proses penghadaman berjalan lebih baik.

8. Membantu merawat cacar.

Vitamin C dan zat besi yang terdapat dalam ketumbar membantu menguatkan sistem imun badan.

9. Sifat antimikroba semula jadi.

Ia turut membantu melindungi tubuh daripada jangkitan seperti konjunktivitis berkat kemampuan antibakterianya.

RAMAI BERI PENDAPAT TENTANG RASA DAUN TERSEBUT

“Mula-mula belajar makan ketumbar rasa macam kumbang.”

daun ketumbar

“Lah patut hilang dah anxiety aku, daun ni favourite aku.”

Walaupun kecil dan sering dianggap sekadar hiasan atas hidangan, daun ketumbar sebenarnya penuh manfaat. Bahan dapur biasa, tapi menyimpan khasiat luar biasa.

Semoga bermanfaat!

Sumber: amirul.ramli

Baca juga: Isu Video Budu Tong Hitam, Doktor Jelaskan Lapisan Putih Bukan Kulat Tapi Sebenarnya..

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN