
Cuaca panas terik memang cepat buat tekak kering, sebab itu pencuci mulut sejuk seperti puding sering jadi pilihan ramai. Antara yang paling mudah dibuat, mestilah resepi Puding Jagung simple.
Resepi Puding Jagung simple dikongsikan oleh Azzie Lolla dan telah dicuba berkali-kali dengan hasil yang konsisten iaitu tak lembik, tak keras dan sedap cukup rasa. Jom kita cuba!
Baca juga: Petua Rebus Jagung Supaya Kekal Manis, Jadi Wangi Dan Lebih Sedap!
RESEPI PUDING JAGUNG SIMPLE

Bahan-bahan:
- 1 tin jagung manis (boleh kisar kasar jika suka tekstur halus)
- 1 tin gula (jika tidak suka manis, boleh kurangkan mengikut citarasa)
- 2 tin santan pekat
- 1 tin tepung kastard
- 2 tin santan cair
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna kuning (jika tiada pun tidak mengapa)
*Gunakan tin yang sama untuk semua sukatan.
Cara-cara memasak:
1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk dan kacau hingga sebati sebelum buka api.
2. Masak menggunakan api sederhana, sambil dikacau tanpa henti.
3. Teruskan kacau sehingga adunan menjadi pekat, kelihatan berkilat dan mendidih.
4. Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau bekas pilihan.
5. Biarkan sejuk pada suhu bilik, kemudian sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.
Tips supaya puding menjadi cantik dan sedap:
- Kacau sentiasa untuk elakkan berketul atau hangit di dasar periuk.
- Jangan guna api besar, boleh rosakkan tekstur.
- Jika suka puding lebih halus, kisar jagung terlebih dahulu.
- Boleh tuang dalam acuan kecil untuk hidangan individu.
Resepi Puding Jagung simple ini telah dicuba berkali-kali untuk majlis keluarga dan hidangan petang. Ramai yang sangka beli di kedai kerana teksturnya cantik dan rasanya seimbang, tidak muak walaupun dimakan sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Azzie Lolla
Baca juga: Resepi Puding Sumi Kastard Hanya 5 Langkah Mudah, Pencuci Mulut Ringkas Tapi Menggoda!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














