
Sedang sibuk memasak, tiba-tiba terhidu bau hangit dan panik tengok periuk berkerak hitam. Jangan risau, ada cara hilangkan kerak periuk dengan mudah menggunakan bahan yang ada di dapur.
Setiap orang pasti pernah pernah berdepan dengan masakan hangit sampai periuk yang digunakan tiba-tiba hitam melekat. Semestinya kecewa, terutama jika periuk itu agak mahal.
Di sini kami kongsikan cara hilangkan kerak periuk yang pernah dicuba dan terbukti berkesan dengan menggunakan bahan dapur semula jadi saja. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Mudah Pastikan Papan Pemotong Kekal Putih, Bersih Walau Masak Hari-Hari!
CARA HILANGKAN KERAK PERIUK

Bahan-bahan:
*Nota: Jika tiada soda bikarbonat, baking powder sahaja pun sudah mencukupi.
Cara-cara:
1. Masukkan air secukupnya dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
2. Masukkan baking powder atau soda bikarbonat ke dalam air panas.
3. Tambahkan beberapa titik lemon atau cuka untuk hasil yang lebih berkesan.
4. Setelah air sedikit sejuk, masukkan periuk yang hitam ke dalam larutan.
5. Untuk kesan maksimum, rendam beberapa jam atau semalaman.
6. Setelah direndam, sental perlahan-lahan permukaan periuk. Kadangkala kotoran akan terkelupas sendiri. Hasilnya, periuk akan kembali bersinar seperti baru.

Tips tambahan:
- Untuk kesan lebih cepat, gunakan sikat lembut atau span untuk menyingkirkan kotoran degil.
- Bagi periuk yang sangat hitam, proses rendaman semalaman biasanya lebih berkesan.
- Sentiasa pastikan periuk sejuk terlebih dahulu sebelum menyental untuk mengelakkan calar.
Baking powder atau soda bikarbonat bersifat alkali lembut yang membantu melarutkan kesan hangus pada permukaan periuk. Lemon dan cuka pula bersifat asid semula jadi, membantu mengurai sisa hangus dan memberikan kilauan semula.
Jadi, tiada lagi alasan untuk risau jika periuk hangus atau hitam. Dengan tips ini, periuk kembali bersih dan bersinar, tak perlu beli periuk baru lagi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Makudacun Ibra
Baca juga: Jangan Terus Masak! Ini Cara Guna Kuali Baru Supaya Tak Melekat Dan Tahan Lama
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














