
Tengah cari pencuci mulut yang mudah tapi sedap, resepi Puding Sumi Kastard memang patut dicuba. Oleh kerana ia mudah, jadi memang sesuai dijadikan sebagai potluck untuk pelbagai majlis.
Resepi yang dikongsikan oleh Peraa Marsal sesuai untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hinggalah dewasa. Hasilnya sangat lembut dan menyelerakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Resipi Puding Ikan Koi Dan Itik Untuk Jamuan Sekolah Anak, Nampak Comel Sangat!
RESEPI PUDING SUMI KASTARD

Bahan-bahan:
- 2 tin susu cair
- 1 tin susu full cream (guna susu kotak, sukatan ikut tin susu cair)
- 1 tin air
- 5 sudu susu pekat manis (boleh tambah kalau suka manis)
- 2 sudu tepung kastard
- 10g agar-agar jernih
- Garam dan esen vanila secukup rasa
Cara-cara memasak:
1. Satukan semua bahan dalam periuk.
2. Gaul sebati supaya tiada ketulan.
3. Masak dengan api sederhana sambil kacau sehingga mendidih.
4. Bila sudah mendidih, biarkan sejuk suam-suam.
5. Tuang ke dalam bekas sumi atau acuan pilihan.

Tips tambahan agar lebih sedap dan lembut:
- Kalau nak lebih wangi, boleh tambah sedikit esen vanila lebih.
- Untuk tekstur lebih lembut, pastikan kacau adunan supaya tepung kastard larut sepenuhnya.
Resepi Puding Sumi Kastard sangat mudah dibuat, confirm anak-anak suka. Jangan lupa cuba sendiri di rumah dan kongsikan dengan kawan-kawan.
Selamat mencuba!
Sumber: Peraa Marsal
Baca juga: Resepi Puding Tutti Frutti Cantik Manis, Sekali Buat Dapat Dalam 35 Bekas!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














